Selepas berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 di tangga ketiga, kapten Manchester United, Harry Maguire mengharapkan The Red Devils dapat melakar pencapaian yang lebih baik selepas ini.
Maguire yang merupakan pertahanan termahal di dunia itu beranggapan masa depan Manchester United adalah berkaitan untuk menjuarai saingan EPL dan pertandingan lain yang disertai.
Sehubungan dengan itu, Maguire turut melihat menamatkan saingan dalam kalangan kelompok empat pasukan teratas sebagai sasaran paling minimum buat skuad yang dibimbing OIe Gunnar Solskjaer tersebut.
Selepas menghadapi turun naik prestasi mereka pada musim ini, Manchester United akhirnya berjaya menamatkan saingan liga di tempat ketiga selepas mengumpul 66 mata hasil 18 kemenangan, 12 keputusan seri dan lapan kekalahan.
”Itulah sebabnya saya menyertai kelab ini. Saya menyertai kelab ini untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.”
”Pada permulaan musim tidak ramai yang menyukai kami. Kami kini menamatkan saingan liga di tempat ketiga, semua orang merasakan ‘ya, ia seperti diharapkan oleh Manchester United.”
”Tetapi pada awal musim, tiada siapa yang merasakan kami akan berada di kelompok empat pasukan tetapi kami bekerja dengan keras, kami meningkat dan saya merasakan itu merupakan perkara penting pada musim ini.”
”Apa yang anda lihat Manchester United yang sebenar di mana mereka tidak gembira hanya untuk bersaing mendapatkan kedudukan empat teratas, ia bukannya ciri-ciri kami.”
”Itu bukanlah yang kami mahukan pada masa hadapan. Masa depan kami adalah berkaitan memenangi trofi dan menjuarai Liga Perdana Inggeris. Perkara utama pada musim ini ialah untuk melihat peningkatan berbanding musim lepas dan ia sangat luar biasa,” ujar Maguire menurut laporan Goal.
Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Maguire: