Sime Darby FC – The Giant Killers (Prebiu Liga Super 2015)

Pasukan yang digelar Giant Killers ini melalui musim yang boleh dibanggakan pada saingan Liga Super 2014 apabila menghuni kedudukan ke-5 liga. Bertepatan dengan gelaran Giant Killers, Sime Darby FC berjaya mengatasi kedudukan 2 pasukan gergasi Liga Super yang merupakan penyandang juara musim 2013 & 2012 – Lions XII dan Kelantan FA. Tambah membanggakan, musim 2014 merupakan debut season mereka di Liga Super.

Walaubagaimanapun, Sime Darby terpaksa pulang awal dalam saingan Piala Malaysia apabila sekadar menghuni tangga ke 3 di bawah PDRM FA dan Selangor FA dalam peringkat kumpulan.

Pasukan yang dikendalikan oleh bekas pengarah teknikal Selangor FA, Ismail Zakaria ini memperkuatkan jentera pasukan mereka pada musim 2015 dengan membawa masuk antaranya 6 pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan 3 pemain import dari Serbia.

Pemain Baru

 

Pemain sayap kiri dari Serbia, Marko Perovic  yang berusia 30 tahun merupakan pemain import yang dijangka menyerlah bersama Sime Darby musim ini. Marko pernah bermain untuk kelab ternama Switzerland, FC Basel dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan diundi sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) oleh penyokong New England Revolution. Gol dari sepakan percuma Marko pernah dipilih sebagai calon Goal of the Week untuk Major League Soccer (MLS)

Kekuatan

Sumber kewangan pasukan yang kukuh merupakan antara faktor kekuatan Sime Darby FA. Dengan ura-ura terdapat beberapa pasukan yang tidak mampu membayar gaji pemain, pemain Sime Darby tidak perlu gusar kerana pasukan mereka mendapat sokongan kewangan dari salah satu konglomerat terulung Malaysia, Sime Darby Berhad.

Hal ini juga merupakan salah satu faktor kapten pasukan, Juzaili Samion masih kekal di Sime Darby.

 

 

Kelemahan

Rekod pertahanan Sime Darby boleh dikelaskan antara yang terburuk selepas mereka bolos sebanyak 34 gol sepanjang kempen Liga Super. Hanya PKNS FC mempunyai rekod yang lebih buruk iaitu bolos 40 gol. Diharapkan dengan kehadiran pertahanan import dari Serbia, Ivan Dragicevic dapat membantu menjadikan kubu pertahanan Sime Darby lebih mantap. Sime Darby juga harus memperbaiki rekod mereka di tempat lawan jika mahu berada di kedudukan yang lebih bagus musim ini. Kalah 6 kali di tempat lawan nyata memberi impak kepada kedudukan Sime Darby di persada Liga Super musim lepas.

Ayam Tambatan

img_dilshod_031 Dilshod Sharofetdinov merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan oleh pengurusan Sime Darby untuk musim ini. Pemain yang berasal dari Ukraine ini cukup tenang mengawal dan merancang serangan dari jentera tengah pasukan Sime Darby. Dilshod bergelut untuk menyesuaikan diri dan beliau turut menghidap demam denggi pada awal musim Liga Super. Dilshod membalas kepercayaan Sime Darby dengan menyumbat 5 gol sepanjang kempen Liga Super 2014.

“Dilshod bijak mencari ruang untuk menghantar bola kepada penyerang. Dia berkebolehan mengatur gerakan serta mengawal tempo perlawanan. Penguasaan bolanya juga agak hebat,” ujar Ismail sejurus kemenangan 4-0 ke atas Kelantan pada 15 April 2014.

Satu aspek yang perlu diperbaiki oleh Dilshod ialah rekod disiplin beliau di atas padang. Beliau telah dilayangkan 6 kad kuning dan 2 kad merah sepanjang kempen musim lepas. Satu perkara yang agak membimbangkan bagi pasukan Sime Darby jika khidmat beliau tidak dapat digunakan akibat digantung perlawanan.

Kesimpulan

Sime Darby dijangka sekali lagi akan menghuni pertengahan Liga Super. Mereka akan berada di kedudukan lebih baik jika rekod di tempat lawan dapat diperbaiki.

***Kredit gambar: simedarbyfc.com & Fanpage Sime Darby FC

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN