Hang Your Heads In Shame, Malay Mail!

Ibarat mengguna serkap jarang, peluh mengucur laba pun tak dapat. Begitulah nasib yang diterima oleh tenaga kerja Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

10931432_10153109313427074_3308680922783863979_n (1)

Sudahlah penat jerih di tengah padang tidak dihargai, mereka dituduh pula sebagai pembazir duit rakyat. Yang paling menyedihkan, tuduhan itu dibuat oleh wartawan akhbar yang entah ke mana batang hidungnya ketika NFDP giat menjalankan program-programnya.

Bagi yang belum maklum dengan laporan akhbar Malay Mail semalam, biar kami terangkan. Semalam akhbar Malay Mail mengeluarkan laporan eksklusif yang menghentam NFDP sebagai program yang ‘memberikan harapan palsu’ kepada rakyat Malaysia yang sememangnya gilakan bola sepak.

Menurut akhbar mereka, bukan sahaja bangunan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang menjadi projek gajah putih. Malah empat padang yang dibina di akademi tersebut dibiarkan tidak terjaga. Tambah mereka lagi, 6 jurulatih NFDP sudah meletakkan jawatan kerana NFDP tidak berjalan dengan licin. Untuk menambah garam ke luka, Malay Mail menulis ‘grassroot development in worst possible light’ dan tajuk akhbar yang berbunyi ‘Hang your heads in shame’.

Bagaimana isu ini boleh timbul?

Malay Mail menunjukkan betapa sedikitnya jumlah kajian (research) yang mereka lakukan sebelum mula menulis.

Hal ini timbul selepas Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari yang bernilai RM20 juta dan menyediakan kemudahan sekolah berasrama penuh kepada 500 pemain berumur antara 13-17 tahun itu, masih belum beroperasi walaupun sudah dirasmikan Perdana Menteri pada April 2014 yang lepas.

Sumber: JBSN Pahang
Sumber: JBSN Pahang
Sumber: Majlis Sukan Negara
Sumber: Majlis Sukan Negara

4 padang yang dibina di akademi tersebut tidak digunakan dan dibiarkan tidak terjaga. Akademi tersebut turut kosong tanpa penghuni.

Khairy Jamaluddin menjelaskan dalam sebuah kenyataan di akaun Facebook nya menjelaskan akademi tersebut masih belum beroperasi kerana masih ada kerja-kerja pembinaan blok staff, asrama, tambahan padang latihan dan bangunan-bangunan am (pentadbiran, pengurusan dan sebagainya). Menurut beliau lagi, kerja-kerja penyelenggaraan padang yang sedia ada akan dimulakan pada Februari 2015 dan tawaran tender sudah mula dibuat.

Sebentar. Mengapa kerja perasmian dibuat sebelum siap 100%?

Untuk berlaku adil kepada Malay Mail, kami turut bertanya soalan ini. Mengapa KBS beria-ria merasmikan kompleks yang belum siap? Mengapa perlu membina 4 padang, kemudian membiarkannya tak terurus, sebelum mengeluarkan dana sekali lagi untuk kos penyelenggaraan? Mengapa tak disiapkan 100% sebelum dirasmikan kalau operasi akademi tersebut takkan bermula dalam masa terdekat?

Apa ceritanya disebalik isu 6 jurulatih NFDP meletakkan jawatan?

Menurut kenyataan Ketua Pengarah NFDP, Lim Teong Kim, hanya 2 jurulatih yang meletakkan jawatan. Bukan 6 seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail. Bagaimanapun, Lim Teong Kim tidak menjelaskan sebab-sebab mengapa 2 jurulatih tersebut meletakkan jawatan.

Adakah NFDP bakal menjadi projek gajah putih yang memakan kos tetapi tidak akan memberi apa-apa hasil kepada bola sepak Malaysia? 

Menurut kesimpulan yang dibuat oleh Malay Mail, ya. Tetapi bagi kami di Semuanya BOLA, tidak. Apa yang Malay Mail gagal faham adalah NFDP merupakan satu entiti di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Segala hal-ehwal pembinaan dan penyelenggaraan akademi Mokhtar Dahari diuruskan oleh KBS, bukannya NFDP. NFDP dianggotai oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang mahu melakukan perubahan dalam bola sepak Malaysia, bukannya sekadar bercakap sahaja.

Beberapa penulis Semuanya BOLA sudah pun menjejak kaki ke beberapa program anjuran NFDP di sekitar Kuala Lumpur dan mengenali secara peribadi barisan jurulatih-jurulatih yang berkhidmat di bawah NFDP. Kami agak kecewa apabila Malay Mail dan sebilangan rakyat Malaysia yang tak tahu hujung pangkal dan tak pernah berjemur di bawah panas terik tengah padang bersama NFDP, mula mengatakan NFDP sebagai ‘kegagalan’.

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai NFDP:

1. Semua barisan jurulatih NFDP mempunyai kerja tetap mereka masing-masing. Ada di antara mereka bekerja sebagai guru, peniaga, jurutera dan sebagainya. Mengapa mereka sanggup turun ke padang mengendalikan sesi pemilihan dan latihan selepas waktu kerja mereka? Kerana mereka mahu melakukan perubahan dalam bola sepak negara.

2. Jadi jurulatih NFDP dapat duit? Ya, memang mereka mendapat elaun di NFDP. Tetapi mengapa mereka perlu mencari duit di NFDP sedangkan mereka sudah mempunyai karier mereka masing-masing? Mengapa perlu turun ke padang pada hari Sabtu sedangkan mereka boleh beristirehat bersama keluarga selepas 5 hari bekerja? Kerana mereka mahu melakukan perubahan dalam bola sepak negara.

3. Program NFDP hanya terhad di kawasan-kawasan tertentu sahaja? Tahukah anda NFDP menyasarkan untuk menubuhkan sebuah pusat latihan di setiap daerah di Malaysia secara berperingkat-peringkat supaya kanak-kanak berbakat di Sabak Bernam tak perlu menempuh 2 jam perjalanan menaiki kereta untuk menghadiri sesi pemilihan di Shah Alam atau Klang.

4. Jika setiap daerah di Malaysia membekalkan 10 pemain paling berbakat di daerah mereka, Malaysia sudah mempunyai 1,450 pemain berbakat untuk dipilih. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada (12 pasukan Liga Super X 25 pemain) + (25 Pemain Harimau Muda A + 25 Pemain Harimau Muda B + 25 Pemain Harimau Muda C) = 375 pemain sahaja!

5. Daripada menghantar pemain berbakat berlatih di luar negara, NFDP lebih berminat menghantar jurulatih berbakat ke luar negara. Seorang pemain berbakat yang berlatih di luar negara hanya boleh memperbaiki mutu permainan dirinya sahaja. Seorang jurulatih berbakat boleh memperbaiki mutu permainan beribu-ribu pemain lain.

Gambar dan video sekitar pemilihan pemain Akademi Tunas Wilayah Persekutuan yang dianjurkan NFDP


10949717_10204791464160966_1298520458_n

10949862_10204791464440973_114122496_n

10947552_10204791464640978_1826080327_n

10940595_10204383581881875_2570645626674647586_n

10940562_10204383583041904_21187089753351841_n

10427258_10204383584801948_6256305529512407937_n

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN