Debaran hari terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Manchester United menamatkan saingan di tangga ketiga liga selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Leicester City di King Power Stadium.
Gol Bruno Fernandes menerusi sepakan penalti dan jaringan Jesse Lingard pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memastikan United mendapatkan tiga mata paling berharga buat mereka musim ini.
Pertemuan dua pasukan ini merupakan perlawanan paling menjadi tumpuan kerana masing-masing mahu merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan, namun kelebihan berpihak kepada United yang hanya memerlukan keputusan seri.
— Manchester United (@ManUtd) July 26, 2020
Ole Gunnar Solskjaer mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama ketika berdepan West Ham United tempoh hari dengan Aaron Wan-Bissaka kembali diletakkan di posisi pertahanan kanan menggantikan Timothy Fosu Mensah.
Kesilapan Matic pada awal permainan nyaris memberikan gol pendahuluan buat Leicester, namun percubaan Wilfred Ndidi dari luar kotak penalti sekadar meliar di atas gawang gol yang dikawal David De Gea.
10 minit kemudian, giliran De Gea pula nyaris melepaskan gol apabila gagal menangkap kemas percubaan lemah Kalechi Iheancho, namun Jamie Vardy yang cuba untuk menyambar bola muntah tersebut berada di kedudukan ofsaid.
Keep. Fighting. Reds. 😤#MUFC #LEIMUN pic.twitter.com/nhoyQ3o441
— Manchester United (@ManUtd) July 26, 2020
Minit ke-32, Fernandes menggembirakan penyokong United apabila melepasi kawalan Wes Morgan lalu menyambut hantaran Pogba dan menyumbat gol, namun jaringannya tidak dikira kerana berada di kedudukan ofsaid.
Peluang keemasan United hadir pada masa kecederaan apabila percubaan Anthony Martial terbias kepada Jonny Evans diikuti dengan rembatan kencang Rashford yang ditampan Schmeichel.
Pada awal babak kedua, Martial sekali lagi mendapat peluang apabila menerima lorongan Matic, tetapi James Justin lebih cemerlang memintas penyerang Perancis berkenaan dari belakang.
Perlawanan kemudian terus berlangsung dengan agak hambar selepas kedua-dua pasukan gagal menghadirkan percubaan merbahaya sehinggalah pengadil menganugerahkan sepakan penalti kepada United selepas Martial dijatuhkan Evans dan Wes Morgan dalam kotak penalti.
14 – Manchester United’s penalty at Leicester is their 14th Premier League spot-kick of the season, the most one side has ever won in a single campaign in the competition. Typical. pic.twitter.com/3yAuD9xHVp
— OptaJoe (@OptaJoe) July 26, 2020
Fernandes menjadikan kedudukan 1-0 pada minit ke-71 dengan menterjemahkan peluang sepakan penalti tersebut hasil rembatan ke arah kiri mengatasi Schmeichel yang melayangkan badannya ke kanan.
Bekas pemain United, Jonny Evans kemudian dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang selepas membuat terjahan keras ke atas Scott McTominay yang baru lima minit dimasukkan.
Masa tembahan lima minit yang diberikan tidak cukup untuk Leicester mencari gol penyamaan, sebaliknya pemain gantian, Lingard yang membuat kejutan dengan menyumbat gol kedua pasukannya pada masa kecederaan yang juga merupakan gol petamanya musim ini.
https://twitter.com/AugustineOkrah1/status/1287435779778772998?s=20
Pengadil perlawanan akhirnya meniup wisel penamat sebagai tanda untuk United meraikan kejayaan mereka kembali ke UCL dan sekaligus menamatkan saingan musim ini di kedudukan terbaik.
Leicester City pula yang cemerlang pada separuh pertama musim ini terpaksa berpuas hati di tangga kelima.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: