Selepas cemerlang memimpin pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), Kapten Liverpool, Jordan Henderson dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan England pada Jumaat hasil undian dari Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak (FWA).
Antara nama-nama lain yang tercalon dalam senarai lima terbaik adalah pemain Manchester City, Kevin de Bruyne, penyerang Manchester United, Marcus Rashford, serta dua pemain Liverpool, Virgil van Dijk dan Sadio Mane.
Kepimpinan Henderson dalam mengemudi bahagian tengah The Reds telah mendapat pujian pelbagai pihak yang melihat usaha kerasnya di bawah bimbingan Jurgen Klopp telah membawa pasukannya ke satu tahap yang amat membanggakan.
🥇 El capitán del @LFC @JHenderson se convirtió el el Mejor Jugador de la Temporada 2019/2020 en la @premierleague, un premio otorgado por FWA en Inglaterra 🥇⚽️🏴 pic.twitter.com/WWr3fZlEqm
— Pizarrón Deportivo (@PDCanalDoce) July 24, 2020
“Saya rasa amat bersyukur walaupun merasakan saya bukanlah yang paling layak untuk menerima anugerah ini. Saya tak pernah rasa apa yang saya capai pada musim ini dan sepanjang karier saya hasil usaha saya seorang,” ujar Henderson.
“Saya terhutang budi kepada ramai orang terutamanya rakan sepasukan ketika ini. Mereka sangat menakjubkan dan berhak mendapat penghargaan seperti mana yang saya terima ini.”
Musim ini, Henderson telah beraksi dalam 30 perlawanan liga dan menjaringkan empat gol, namun terpaksa diketepikan menjelang penghujung musim selepas mengalami kecederaan lutut.
Dua pemain Liverpool lain, Trent Alexander-Arnold dan Alisson Becker turut menerima undian yang dibuat oleh pengamal media di England.
Following Liverpool captain Jordan Henderson's crowning as the 2019/20 FWA Footballer of the Year, the Reds have extended yet another record over their Premier League rivals.
— Kick Off (@KickOffMagazine) July 24, 2020
Full story: https://t.co/grCPxAPZvX pic.twitter.com/COeEowYZey
“Saya menerima anugerah ini bagi pihak keseluruhan skuad, kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada di sini untuk menerima penghargaan ini. Mereka inilah yang menjadikan saya pemain dan pemimpin yang lebih baik,” tambahnya lagi.
“Saya berharap, kepada mereka yang mengundi saya, mereka turut mengiktiraf sumbangan seluruh pasukan ini.”
Anugerah Pemain Terbaik Tahunan England telah bermula sejak 1948 dengan Stanley Matthews menjadi penerima pertama. Musim lepas, anugerah tersebut dimenangi oleh Raheem Sterling.
Antara pemain Liverpool lain yang pernah mendapat anugerah tersebut adalah Mohamed Salah (2018), Luis Suarez (2014) dan Steven Gerrard (2009).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jordan Henderson dan Liverpool: