Selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo di La Liga, mungkin ramai yang menjangkakan Lionel Messi akan mendapat laluan mudah untuk mendominasi anugerah pemain terbaik untuk beberapa tahun lagi.
Musim ini, kapten Barcelona itu mempunyai statistik individu yang baik dengan sekali lagi meraih Trofi Pichichi sebagai penjaring terbanyak liga dengan 25 gol. Malah beliau turut memecahkan rekod 21 bantuan jaringan milik bekas rakan sepasukannya, Xavi Hernandez.
Most
— Squawka (@Squawka) July 20, 2020
Mos
Mo
M
Me
Mes
Mess
Messi pic.twitter.com/aAx0enYHxo
Pemain berusia 33 tahun itu juga menjadi pemain pertama dalam sejarah La Liga yang merekodkan 20 gol dan 20 bantuan jaringan dalam satu musim, rekod yang hanya pernah dipegang oleh Thierry Henry dalam mana-mana liga utama Eropah walaupun pernah diketepikan selama sebulan akibat kecederaan.
Bagaimanapun, kegagalan untuk membantu pasukannya mempertahankan kejuaraan La Liga menyebabkan pembaca akhbar Sepanyol, Marca telah mengundi pemain lain untuk anugerah pemain terbaik musim ini.
Messi yang telah menggondol anugerah tersebut sembilan kali dalam tempoh 11 musim sebelum ini tewas kepada penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang menjaringkan 21 gol musim ini sekaligus telah membantu The Los Blancos menjulang kejuaraan La Liga.
🔝🏆⚽ @thibautcourtois and @Benzema have received their trophies for the best player in @LaLiga in the months of January and June respectively!#RMLiga | #HalaMadrid pic.twitter.com/72DVJXvu0t
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) July 18, 2020
Walaupun Barcelona menang 5-0 dalam perlawnaan terakhir liga tempoh hari di mana Messi telah menjaringkan dua gol, ianya tidak memberi kesan kepada keputusan pengundi untuk memilih Benzema yang menjadi watak penting kepada kejayaan Real membawa pulang trofi La Liga ke ibu kota Madrid.
Benzema mendapat 37 peratus undian berbanding Messi yang menerima 31 peratus. Kapten Real Madrid, Sergio Ramos pula di kedudukan ketiga dengan 14 peratus diikuti pemain sayap Seville, Lucas Ocampos (4 peratus) dan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak (4 peratus).
Sementara itu, pasukan Granada CF telah diundi sebagai pasukan yang paling menginspirasikan selepas menamatkan saingan liga musim ini di tangga ketujuh walaupun baru sahaja dipromosi ke liga utama pada musim ini.
Kebangkitan Granada: Dari Kelab Tanpa Hala Tuju Kepada Pendahulu La Liga – https://t.co/T1CuF6Y2o5 pic.twitter.com/kiYP12JEcA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 30, 2019
Undian-undian lain turut menyaksikan sebahagian besarnya dimenangi oleh pasukan Real Madrid.
Berikut adalah keputusan lain bagi undian tersebut:
Pemain baharu terbaik: Lucas Ocampo (Seville)
Pemain baharu terburuk: Luka Jovic (Real Madrid)
Pemain B-21 terbaik: Martin Odegaard (Real Sociedad/Real Madrid)
Pemain Sepanyol terbaik: Sergio Ramos (Real Madrid)
Pengurus terbaik: Zinedine Zidane (Real Madrid)
Kebangkitan terbaik: Granada
Penjaga gol terbaik: Thibaut Courtois (Real Madrid)
Pertahanan terbaik: Sergio Ramos (Real Madrid)
Pemain tengah terbaik: Casemiro (Real Madrid)
Penyerang terbaik: Karim Benzema (Real Madrid)
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Lionel Messi dan La Liga: