Brendan Gan: Jadual Ketat Tak Jadi Masalah Besar

Brendan Gan

Pemain tengah Selangor, Brendan Gan melihat tarikh permulaan Liga Malaysia pada 26 Ogos sebagai sesuatu yang boleh diterima dengan baik kepada pasukan-pasukan di Liga Malaysia selain membantu perancangan pasukan kebangsaan.

Walaupun tarikh itu dipercepatkan berbanding perancangan asal Malaysian Football League (MFL) iaitu pada 1 September, Brendan berasakan situasi itu tidak terlalu mengganggu terutama kepada pasukannya, Selangor dalam melakukan persiapan.

Jelasnya, apa yang paling utama setelah mendapat tarikh sambungan liga, dia sudah meletakkan mentaliti untuk lebih bersedia dalam latihan selain kebenaran mengadakan perlawanan persahabatan bermula 2 Ogos dijangka mampu membantu majoriti pemain kembali serasi dengan taktikal diserapkan jurulatih.

“Tarikh 26 Ogos ini tidak banyak berbeza daripada 1 September, jadi saya rasa perbezaan selama lima hari ini boleh diterima serta tidak terlalu mengganggu apa yang sudah dirancang oleh pasukan.

“Sebenarnya dalam peringkat ini, saya dan pemain lain sudah kena tingkatkan kerja keras dalam latihan kerana tempoh yang tinggal hanya sebulan sahaja lagi.

“Kebenaran untuk bermain dalam aksi persahabatan juga bagi saya sesuatu yang baik bagi memastikan semua 25 pemain dalam pasukan mampu bersedia dan mendapatkan kecergasan yang diperlukan dalam perlawanan kompetitif.

“Mungkin satu atau dua perlawanan persahabatan sudah mencukupi sebelum hadapi aksi pertama liga kerana apa yang mustahak sebenarnya bagaimana kita boleh menangkap dengan segera taktikal yang dimahukan jurulatih pada sesi latihan, ” katanya.

Brendan juga mengutarakan pandangannya mengenai jadual liga yang lebih ketat sebagai bukan satu masalah besar kerana situasi itu tidak berbeza jika saingan Piala FA turut dimainkan pada saingan musim-musim sebelum ini.

“Bukan sesuatu yang menakutkan atau bimbang untuk bermain dua kali seminggu membabitkan aksi pada pertengahan minggu kerana situasi ini sebenarnya bukan asing kepada majoriti pemain.

“Sebelum ini, jika ada aksi Piala FA pada musim yang biasa, saya telah berdepan situasi sebegini apabila terpaksa menempuh jadual yang ketat dan saya sentiasa seorang positif menerima apa jua keadaan, ” katanya.

Malaysian Football League (MFL) sebelum ini mengumumkan Liga Malaysia 2020 kembali bersambung pada 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, badan pentadbir liga tempatan itu percaya tarikh baharu saingan Liga Malaysia tersebut adalah yang terbaik buat kesemua pasukan selepas sesi latihan Fasa 2 telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bermula 15 Julai lalu.

Pasukan-pasukan berstatus dari CIMB Liga Super dan Liga Premier dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos 2020 sebaik tamat tempoh bertenang bermula 29 Julai dan tamat pada 1 Ogos 2020.

Dalam masa sama, Brendan gembira kerana tarikh 26 Ogos ini membuka sedikit ruang kepada pasukan kebangsaan mengadakan latihan lebih awal sebelum berdepan Bahrain pada 2 Oktober.

“Saya gembira buat jurulatih, Tan Cheng Hoe, kerana pemain-pemain nanti mendapat ruang berlatih lebih lama bagi hadapi dua perlawanan yang begitu penting kepada skuad kebangsaan iaitu berdepan UAE dan Vietnam.

“Semua orang kini di belakang di pasukan negara dan mereka mahu skuad ini mara sejauh mungkin, jadi saya rasa situasi ini sebagai sesuatu yang baik kerana turut memahami akan kepentingan skuad kebangsaan, ” katanya.

Kredit foto: FA Selangor

Baca artikel lain dari kami mengenai Brendan Gan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN