Unai Emery, Niko Kovac Dah Dapat Kerja Baharu

Unai Emery Niko Kovac

Bekas pengurus Arsenal, Unai Emery telah menandatangani perjanjian pra-kontrak untuk menjadi jurulatih kelab Sepanyol, Villareal bermula musim depan, sementara bekas pengurus Bayern Munich, Niko Kovac pula telah dilantik sebagai pengurus baharu kelab Ligue 1, AS Monaco.

Menurut laporan dari Marca, Emery yang pernah melatih beberapa kelab Sepanyol sebelum ini antaranya Almeria, Valencia dan Seville sudah pun menyatakan persetujuannya untuk menyertai Villareal sejak Mac sebelum saingan bola sepak digantung akibat pandemik.

Berita tersebut ternyata agak mengejutkan pengurus sedia ada, Javi Calleja yang telah pun membimbing pasukan itu menamatkan saingan musim ini di kedudukan kelima liga selepas menang tujuh daripada 11 perlawanan terakhir mereka dan sekaligus layak ke saingan Liga Europa (UEL) musim depan.

“Pertama, kelab sepatutnya bercakap dengan saya mengenai perkara ini. Saya masih ada kontrak, jadi mereka perlu berterus terang adakah berita itu benar, jika tidak mereka perlu menafikannya,” kata Calleja yang sudah menjadi jurulatih Villareal bermula dari pasukan akademi sejak 2012.

“Saya tak tahu masa depan saya di sini, saya sudah pun lakukan yang terbaik.”

Emery yang membimbing Arsenal sejak Mei 2018 telah dipecat pada November tahun lalu selepas gagal mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Seorang lagi pengurus yang dipecat di pertengahan musim, Kovac telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Monaco bagi menggantikan Robert Moreno.

https://twitter.com/ASMonacoEnglish/status/1285158599069593600?s=20

Kovac menyertai Bayern pada 2018 selepas malalui musim yang cemerlang bersama Eintracht Frankfurt. Bersama Bayern, beliau telah memenangi Bundesliga, DFB-Pokal dan Piala Super Jerman sebelum disingkirkan pada November.

“Niko memang dikenali dengan kredibilitinya sama ada bersama kelab ataupun pasukan kebangsaan,” ujar Naib Pengerusi AS Mocano, Oleg Petrov.

“Cara beliau mewujudkan suasana positif, membangunkan bakat pemain-pemain muda dan menguruskan pemain-pemain berpengalaman, kami yakin beliau mampu untuk meraih keputusan yang baik.

“Saya yakin dengan pengalaman dan personalitinya, beliau mampu membantu kami mencapai matlamat kelab.”

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Unai Emery dan Niko Kovac:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN