Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menganggap Peraturan Kewangan UEFA (FFP) hanyalah sebagai sarkas selepas Manchester City bebas daripada penggantungan kejohanan Eropah.
Pada Isnin lalu, rayuan City untuk mengetepikan hukuman penggantungan daripada menyertai pertandingan Eropah selama dua tahun disebabkan melanggar FFP telah diterima oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Keputusan itu telah menimbulkan pertikaian banyak pihak termasuk Mourinho dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang mahukan penjelasan adakah peraturan tersebut tidak lagi memberi apa-apa makna dalam pasaran perpindahan.
Jose Mourinho says the outcome of Man City's appeal over alleged FFP violations is a "disgrace" and a "disaster."https://t.co/xLJAeyNOq2 pic.twitter.com/kQjSsQbNrU
— ESPN FC (@ESPNFC) July 14, 2020
“Di mana konsistensi? Jelaskan, saya tak suka benda yang samar-samar. Perkara ini menimbulkan persoalan. Pandangan saya mengenai FFP tak pernah berubah, seperti mana pandangan saya tentang VAR.”
Keputusan CAS itu bermakna City dibenarkan untuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas mengesahkan kedudukan selaku naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus City, Pep Guardiola pula menegaskan kelabnya kini berhak untuk menerima permohonan maaf kepada mereka yang menuduh mereka menipu.
“Akhirnya kami dibebaskan dari tuduhan kesalahan yang kami tidak pernah lakukan,” kata Guardiola.
Jürgen Klopp: "I don't think it was a good day for football yesterday, to be honest.. Just because I think FFP is a good idea. It's there for protecting teams.."
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) July 14, 2020
Pep Guardiola: "Yesterday was a good day for football because we play by the same rules as all the clubs in Europe.." pic.twitter.com/l8XMNuYxzX
“Saya tidak perlu meminta maaf untuk apa-apa, Manchester City juga tidak perlu meminta maaf kerana tiga juri hakim memutuskan kami tidak melakukan kesalahan. Ia sudah cukup jelas.”
Manchester City yang dimiliki oleh jutawan Sheikh Mansour sejak 2008 telah didenda £49 juta pada 2014 kerana kesalahan yang sama.
Selain Mourinho, pengurus Liverpool turut menzahirkan kegusarannya mengenai kesalahan City dalam melanggar FFP tetapi telah ‘disucikan’ oleh CAS.
“Saya bukan nak mereka hilang duit atau mengalami kerugian. Cuma saya lihat kita sudah pun ada peraturan yang jelas. Jadi pada saya semua pasukan sudah terikat untuk mematuhinya, bukannya hanya pasukan tertentu sahaja,” ujar Klopp
“Jika kamu kata, ‘sudahlah, lupakan sahaja, kita tak perlu fikir berapa banyak pasukan lain berbelanja’, jadi selepas ini sudah tentu akan ada orang yang banyak duit terdorong untuk terus melanggar peraturan ini.
“Jadi apa perlunya buat peraturan ini jika ada pasukan tertentu ‘dibenarkan’ untuk melanggarnya?”