Jordan Henderson: Saya Perlu Jaga Tutur Kata Ketika Beraksi

Jordan Henderson

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson mengakui beliau perlu mengawal tutur katanya ketika beraksi apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung pada pertengahan minggu ini.

Seperti yang diamalkan oleh liga lain, aksi EPL juga akan dilangsungkan di stadium kosong tanpa kehadiran penyokong. Keadaan itu pastinya akan membuatkan penyokong mendengar jeritan atau suara pemain di kaca televisyen.

Sehubungan dengan itu, Henderson menyedari beliau seharusnya lebih menjaga kata-kata di atas padang agar penyokong tidak mendengar ‘sumpah seranah’ yang dikeluarkan olehnya.

”Bagi pemain, ia amat berbeza apabila bermain satu perlawanan besar di dalam stadium yang tidak mempunyai penyokong kerana anda akan mendengar semua orang bercakap.”

”Sekali lagi, kami perlu untuk menyesuaikan diri dan cuba untuk mengurangkan ‘sumpah seranah’,” ujar Henderson menurut laporan Goal.

”Saya lebih risaukan tentang tutur kata saya apabila beraksi! Saya tidak mahu untuk meminta maaf kepada semua orang setelah tamat setiap perlawanan, jadi saya perlu untuk berhati-hati terutamanya ketika situasi panas dalam perlawanan.”

”Saya yakin bahawa pengurus juga perlu berhati-hati dengan tutur katanya! Tetapi dia juga akan tahu kami tidak boleh menyalahkan penyokong kerana tidak mampu mendengar apa yang dikatakannya pada waktu-waktu tertentu dalam permainan,” tambah Henderson lagi.

Saingan EPL kembali bermula menyaksikan Liverpool akan berdepan musuh tradisi, Everton pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park, pagi Isnin nanti.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk dinobatkan selaku juara EPL sekaligus menamatkan penantian yang cukup lama buat The Reds.

Kredit featured image: Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai aksi liga tanpa penyokong:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN