Penyerang Liverpool, Mohamed Salah sememangnya dikenali sebagai pemain yang berhati mulia dengan banyak memberikan pelbagai jenis sumbangan dan melakukan kerja-kerja amal sepanjang kariernya sejak dahulu.
Terbaharu pada Rabu, seorang pengguna Twitter melaporkan Salah yang tiba di sebuah stesyen minyak di Sainsbury telah membayar minyak untuk semua pelanggan di stesyen tersebut.
Sejak menyertai Liverpool pada 2017, pemain antarabangsa Mesir itu telah menjaringkan 91 gol daripada 144 perlawanan dan telah dua kali memenangi anugerah kasut emas sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mate from work sent us this, salah just paid for everyone’s petrol, sound that pic.twitter.com/4QiBSo8lQ0
— cameron ford (@cameronKFord) June 10, 2020
Beliau juga kerap menerima dipuji di atas sikap rendah dirinya sama ada di dalam mahupun di luar padang.
“Bagaimana saya nak mencintainya lebih lagi, sangat merendah diri, saya sangat jatuh hati kepada ‘Raja Mesir’ ini,” tulis seorang peminat di akaun media sosianya.
“Macam tak percaya, semasa saya di sana hari ini, saya tak perlu bayar apa-apa untuk diesel yang diisi di kendaraan saya.” kata seorang peminat yang kebetulan berada di stesyen minyak tersebut.
Malah ada seorang penyokong berseloroh mengatakan, jika ada sesiapa yang batuk dalam radius 10 meter dari pemain kesayangannya itu, dia akan menumbok orang tersebut.
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini pernah menderma sebanyak 12 juta pound Mesir (RM3.12 juta) untuk membantu kanak-kanak di negara kelahirannya yang menghidap kanser tulang.
I had an amazing time today visiting 57357 Children Cancer Hospital in Egypt. What an impressive project ! pic.twitter.com/ecK8mmh5o0
— Mohamed Salah (@MoSalah) November 10, 2014
Salah dan rakan sepasukannya hanya memerlukan dua kemenangan sahaja untuk mengesahkan kejuaraan EPL buat kali pertama selepas 30 tahun menunggu.
Mereka berpeluang untuk memenanginya lebih awal sekiranya berjaya menewaskan Everton di Goodison Park dan pesaing terdekat, Manchester City tewas kepada Arsenal.
Kredit Foto: LFCVIne