‘Wan Kuzri Sah Dalam Radar’ – Pemain Itu Sudah Menyatakan Kesediaannya

Wan Kuzri Amerika Syarikat Skuad B-19 Malaysia

Pengurus skuad B-19, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengesahkan pemain St Louis FC di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal berada dalam radar mereka.

Pemain muda berusia 18 tahun itu adalah adik kepada pemain kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, Wan Kuzain yang sebelum ini pernah menjalani latihan bersama skuad Sukan SEA 2019 kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Walaupun gagal untuk mewakili skuad B-22 negara akibat masalah dokumentasi, Wan Kuzain telah menyatakan rasa terkilannya atas kejadian tersebut sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain-pemain yang telah dibawa ke Filipina.

Bercakap kepada Berita Harian, Kamarul Ariffin menyatakan yang jika sesi latihan sudah dibenarkan oleh pihak kerajaan nanti, langkah pertama pastinya adalah untuk cuba membawa Wan Kuzri menyertai skuad kendalian Brad Maloney itu.

“Saya diberi taklimat bahawa selain daripada pemain sedia ada, kami sedang memantau secara dekat satu atau dua lagi pemain yang akan diserap dalam skuad B-19,” ujar Kamarul Ariffin mengenai beberapa calon pemain baharu skuad tersebut.

“Sensasi sedikit, Wan Kuzri iaitu adik kepada Wan Kuzain yang beraksi di Amerika Syarikat adalah dalam perancangan utama kami,” tambahnya yang turut memaklumkan yang pemain tersebut sudah menyatakan kesediaannya.

Kamarul Ariffin menegaskan yang disebabkan kedua-dua ibu bapa pemain itu adalah rakyat Malaysia dan usianya masih di bawah 21 tahun, pastinya tiada sebarang masalah dalam usaha untuk menerbangkannya bagi mewakili skuad negara.

“Kami jangkakan tiada masalah kerana kedua orang tuanya adalah warga Malaysia dan beliau masih di bawah 21 tahun. Kami sedang berhubung rapat dengan beliau untuk langkah seterusnya jika kami boleh memulakan sesi latihan.

“Dia amat berminat untuk menyertai kami. Mengikut perancangan asal beliau akan diterbangkan dari Amerika Syarikat ke Jepun bagi menyertai sesi latihan di sana, namun perancangan itu terbatal kerana pandemik COVID-19,” ujarnya.

Selain Wan Kuzri, dua lagi pemain muda dari Sabah dan Melaka turut berada dalam pemantauan skuad B-19 negara dan berpotensi tinggi untuk diserap masuk.

Bagi merintis kemungkinan layak ke Piala Dunia B-20 tahun depan, Malaysia perlu mendapatkan pemain terbaik yang dapat membantu pasukan negara muncul empat pasukan terbaik dalam saingan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: SOCCERSTL.NET

Baca lagi artikel mengenai Wan Kuzri dan Wan Kuzain:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN