COVID-19 Tak Padamkan Impian Malaysia Ke Piala Dunia B-20

Piala Dunia B-20

Misi untuk layak ke Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) buat kali pertama dalam sejarah masih menjadi keutamaan buat skuad B-18 negara, ujar pengurusnya Datul Kamarul Ariffin Mohd Shahar dalam temubual bersama Bernama.

Meskipun arena bola sepak di seluruh dunia kini berdepan dengan tempoh sukar akibat pandemik COVID-19, ianya tidak sama sekali memadamkan impian pemain muda negara untuk menampilkan aksi terbaik dalam Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan.

Kejohanan yang menawarkan tiket ke Kejohanan Piala Dunia pada tahun depan itu dijadualkan berlangsung pada Oktober depan, namun menurut Kamarul, pihaknya kini sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN) untuk sukan bola sepak.

“Kami amat komited untuk melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 2021, untuk menjadi pasukan pertama Malaysia beraksi secara merit ke Piala Dunia.

“Ia bukan misi mustahil, memandangkan kita pernah menang dengan kuasa besar Asia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia. Jurang itu tidak besar lagi.

“Tetapi kami perlu tunggu SOP yang dikeluarkan MKN nanti, sebelum kami boleh teruskan dengan pelan yang telah dirangka.

“Barisan kejurulatihan pasukan juga telah siap dengan beberapa alternatif, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Menurut Kamarul lagi, tarikh kejohanan tersebut setakat ini masih belum diubah oleh AFC dan undian peringkat kumpulan telah ditetapkan pada 21 Jun depan.

Bagaimanapun beliau mengakui pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang cukup besar kepada perkembangan pasukan dan juga prestasi pemain memandangkan tiada latihan pusat dapat dilaksanakan sejak dua bulan lalu.

“Pemain masih mengikuti latihan dan menjaga tahap kecergasan yang berpandukan arahan kelab dan pasukan masing-masing, tetapi dalam keadaan sekarang apa yang boleh dibuat sangat minima.

“Saya pergi ke rumah beberapa pemain melihat keadaan sesi latihan, dan berjumpa secara peribadi. Apabila bercakap dengan Luqman dan Mukhairi Ajmal, saya dapati mereka amat bersemangat dengan sasaran di sana (Uzbekistan), dan kekal bermotivasi untuk layak ke Piala Dunia,” katanya.

Skuad kendalian Brad Maloney telah membuktikan keupayaan mereka dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun lepas dengan muncul naib juara selepas tewas 1-0 kepada Australia dalam perlawanan akhir.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad muda negara:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN