PKPB: Dari Padang Bola, Syed Sobri Kembali Ke Laut

Syed Sobri

Pelbagai aktiviti yang dilakukan pemain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti perniagaan malah ada yang kembali melakukan pekerjaan lama buat sementara waktu ketika Liga Malaysia masih ditangguhkan.

Antaranya pemain tengah UKM FC, Syed Sobri Syed Mohamad, yang pulang ke kampung halaman di Kemaman untuk melakukan kegiatan menangkap ikan di laut.

Aktiviti ini bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya kerana telah mempunyai pengalaman sejak di peringkat usia kanak-kanak lagi turun ke laut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tidak mahu seperti kacang lupakan kulit, pemain berusia 26 tahun ini menganggap dia tetap berbangga pekerjaan ini jika ada masa terluang walaupun sudah bergelar pemain bola sepak profesional.

“Sejak Mac lalu iaitu ketika arahan PKP baru dilaksanakan, saya telah ambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas melihat Liga Malaysia akan ditangguhkan dalam tempoh yang tidak diketahui sampai bila.

“Apabila balik sini, memang menangkap ikan antara kegiatan yang saya akan buat kerana saya memang berasal daripada keluarga nelayan, tiada apa hendak dikekokkan.

Aksi Syed Sobri dalam saingan Piala Cabaran 2019. Kredit foto: UKM FC

“Saya akan turun di waktu malam dan balik menjelang subuh, begitulah rutin saya setiap hari pada tempoh PKP ini dan jika cuaca tidak mengizinkan, saya akan berehat.

” Pelbagai ikan biasanya saya boleh dapat seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan selayang,lumayan atau tidak semuanya bergantung kepada rezeki, ” katanya.

Dia juga mendedahkan pada waktu petang, turut membantu ibunya di laman rumah menjual lauk pauk serta kuih muih sepanjang bulan Ramadan ini.

Syed Sobri memulakan kerjaya bersama Sime Darby FC selama dua musim dari 2015 hingga 2016 sebelum ke Melaka pada musim berikutnya.

Dia sempat menyarung jersi T-Team pada pertengahan musim 2017 sebelum pasukan itu dijenamakan semula kepada Terengganu FC II pada musim 2018 dan beralih arah bersama UKM FC sejak musim lalu.

Dalam pada itu, Syed Sobri akui aktiviti menangkap ikan yang sedang dilakukannya masih menjadikan dia kekal cergas kerana pekerjaan itu bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana individu.

” Mungkin kerja menangkap ikan ini orang ingat macam mudah tetapi sebenarnya memerlukan kudrat yang kuat terutama ketika menarik pukat, tambah-tambah yang panjang.

” Setakat ini selain lakukan latihan sendiri di rumah, saya rasa aktiviti menangkap ikan masih buatkan saya kekal bertenaga sepanjang tempoh PKP kerana ini satu pekerjaan yang berat,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN