Gabriel Batistuta mungkin satu nama yang agak asing atau tidaklah terlalu masyhur buat peminat bola sepak generasi baharu pada hari ini, tetapi legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pernah menggelar pemain yang digelar ‘Bati-gol’ ini sebagai penyerang terbaik di dunia.
Ini adalah kisah perjalanan seorang pemain yang lahir dari pasangan penyembelih haiwan ternakan dan kerani sekolah di wilayah Santa Fe yang membuktikan bakat yang disulam dengan semangat dan kegigihan boleh membawa kepada kejayaan di benua Eropah.
Saingan Serie A pada era 90-an sangat menarik dan menakjubkan. Pada waktu itu terdapat enam pasukan yang bersaing mengejar kejuaraan. Setiap pasukan mempunyai pemain-pemain berkualiti dan bukan hanya Juventus sahaja yang menggondol gelaran juara setiap tahun seperti yang berlaku pada hari ini.
Fans of @gentleman_ultra we are appealing to you. @RichHall80 @LH_Ramon25 @nmorris01 and @Dunlop85 came up with our Serie A teams of the 80’s & 90’s thanks to your votes. Now we need your help! Who should be on the team of the 00’s? 🇮🇹 @guardian_sport Serie A @campbellwpaul pic.twitter.com/4TCeB9aKop
— The Gentleman Ultra (@GentlemanUltra) April 17, 2020
Beberapa nama besar seperti Alessandro Del Piero, Christian Vieri dan Ronaldo Nazario, di sana ada juga seorang peledak berbisa yang cukup istimewa buat penyokong Fiorentina iaitu Gabriel Omar Batistuta.
Penyerang Argentina itu meluangkan sembilan tahun bersama La Viola selepas mengharungi tahun-tahun yang cemerlang semasa awal karier di negara kelahirannya. Mencipta nama di Newell’s Old Boys (di bawah kendalian Marcelo Bielsa), beliau kemudiannya telah menjuarai Liga Argentina bersama River Plate dan Boca Juniors.
Ketika berusia 22 tahun, beliau membantu Argentina menjulang kerjuaraan Copa America dan muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan merekodkan enam gol.
A young Gabriel Batistuta at Boca Juniors and River Plate. pic.twitter.com/bPZm5x5Aq7
— 90s Football (@90sfootball) February 24, 2018
Tamat kejohanan tersebut, beliau diburu oleh beberapa kelab ternama Eropah, tetapi Fiorentina adalah pasukan yang paling beruntung apabila berjaya membawanya terbang ke Itali.
Musim pertamanya di Serie A, beliau sudah mula membuka mata orang ramai dengan menjaringkan 13 gol.
Bagaimanapun, musim keduanya tidak berjalan seperti yang diharapkan. Sekalipun menyumbang 16 gol, Fiorentina tersingkir dari liga utama walaupun pasukannya menjaringkan lebih banyak gol berbanding pasukan di tangga ketiga, Parma dan lima pasukan lain di 10 kedudukan teratas liga.
https://twitter.com/TheBestTransfer/status/715574001096126464?s=20
Dengan rekod jaringan yang lebih banyak daripada Marco Van Basten dan Gianfranco Zola, banyak pihak yang menjangkakan penyerang itu akan meninggalkan kelab Florence tersebut dan bakal disambar oleh kelab-kelab besar yang lain.
Tetapi sebaliknya yang berlaku. Batistuta membuat keputusan yang memeranjatkan terutamanya penyokong Fiorentina sendiri apabila berjanji akan terus kekal dan membantu pasukannya kembali ke Serie A.
Bersama pengurus legenda, Claudio Raneiri, Batistuta mengotakan janjinya dengan menjaringkan 16 gol pada musim 1993/94 sekaligus membantu pasukannya memenangi kejuaraan Serie B dan kembali dipromosi ke saingan liga utama.
En la temporada 93/94, #Batistuta tuvo uno de los peores momentos de su carrera. Fiorentina jugaba la Serie B. pic.twitter.com/sYQuTDPwFy
— Fútbol Italiano (@FutbolItaliano) March 20, 2015
Musim berikutnya lebih menarik apabila beliau muncul penjaring terbanyak Serie A dengan meledak 26 gol dan mengetepikan beberapa penyerang handalan lain seperti Zola, Giuseppe Signori, Gianluca Vialli, Fabrizio Ravanelli, Enrico Chiesa dan Pierluigi Casigiri.
Lebih manis lagi, Batistuta telah memecahkan rekod 32 tahun milik Ezio Pascutti dengan menjaringkan gol secara berturut-turut dalam 11 perlawanan pertama pada musim tersebut.
Musim 1995/96, Batistuta semakin menggila di hadapan gol tidak kira pasukan mana yang menjadi lawannya. Gol-gol menarik ketika berdepan AS Roma, Lazio, Baru dan Torino telah membawa pasukannya menamatkan saingan Serie A di tangga keempat.
Gabriel Batistuta's top 10 goals for Fiorentina. What a player! pic.twitter.com/QTjmkJ1MZ1
— 90s Football (@90sfootball) October 21, 2019
Beliau juga telah mencatat hatrik dalam perlawanan separuh akhir Copa Italia menentang Inter Milan sebelum menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir timbal balik untuk menghadiahkan kejuaraan pertama buat Fiorentina sejak 1975.
Batistuta sekali lagi muncul penjaring terbanyak pasukannya pada musim seterusnya di mana Fiorentina telah menjuarai Supercoppa Italia dan mara ke separuh akhir kejohanan Eropah di mana beliau telah menjaringkan gol ketika menentang Barcelona.
Bintang Batistuta terus menyinar, malah kariernya berkembang dengan mekar dan terus konsisten menjaringkan lebih 20 gol pada tiga musim seterusnya yang menyaksikan Fiorentina menjadi pencabar kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Aksi memukaunya di kejohanan Eropah turut menyaksikan Arsenal dan Manchester United juga pernah menjadi mangsa kepada ketajamannya membuktikan tiada pertahanan mana-mana pasukan yang mampu bertahan dari ‘dimusnahkan’ Bati-gol.
🎙️FROM THE PODCAST🎙️We discussed the 1999/2000 Champions League this week, the season when when Gabriel Batistuta tore Arsenal & Man Utd a new one. He shone briefly in Europe, but what a player.
— The Totally Football Show (@TheTotallyShow) May 8, 2020
Listen & subscribe👉https://t.co/WTxKz160iH
Read👉https://t.co/yxUACMUcIe
Watch👇 pic.twitter.com/HBn6eQZNLW
Selain ‘ligat’ bersama kelab, aksi Batistuta bersama skuad kebangsaan tidak kurang hebatnya. Sekalipun kerap disisihkan oleh jurulatih dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 1998, beliau akhirnya mendapat tempat bersama skuad dalam pusingan akhir yang berlangsung di Perancis.
Dalam kejohanan tersebut, beliau telah menjaringkan hatrik ketika berdepan Jamaica dan menjadi pemain pertama yang mencatat hatrik dalam dua edisi Piala Dunia. Namun pasukannya disingkirkan oleh Belanda hasil jaringan minit akhir oleh Dennis Bergkamp.
Segala usaha kerasnya itu akhirnya diiktiraf apabila mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA 1999 di belakang, Rivaldo dan David Beckham.
Gabriel Batistuta and Rivaldo receive their FIFA World Player of the Year awards, 1999. pic.twitter.com/jRvNHQRZMj
— 90s Football (@90sfootball) January 28, 2015
Gagal memenangi kejuaraan Serie A selama sembilan tahun bersama Fiorentina, Batistuta akhirnya terpaksa mengambil keputusan berat untuk berpindah ke Roma pada tahun 2000.
Sekalipun telah berusia 31 tahun, aksinya ternyata masih memukau dengan menyumbang 20 gol pada musim pertamanya di Stadio Olimpico.
Gandingannya bersama Francesco Totti membantu Roma menjuarai liga buat kali pertama sejak 1983 di mana Batistuta sendiri telah menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir pada hari mereka menjulang trofi.
AS Roma
— Superb Footy Pics (@SuperbFootyPics) September 8, 2018
Great Pic Of Francesco Totti & Gabriel Batistuta pic.twitter.com/3fqk35ma0Y
Ia juga adalah kejuaraan Serie A pertama buat Batistuta sepanjang 10 tahun kariernya di Itali. Namun di sebalik kegembiraan itu, beliau juga berdepan dengan ‘kesedihan’ kerana menjaringkan gol ketika berdepan bekas pasukannya sehingga menyebabkan air matanya mengalir.
Dalam perlawanan tersebut, beliau enggan meraikan gol kemenangan pada minit ke-83 itu sekalipun dikerumuni oleh rakan sepasukannya dan tanpa disangka-sangka, penyokong Fiorentina yang berkunjung ke Rome berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada bekas pemain pasukan mereka.
“Sepanjang perlawanan, terdapat konflik dalam fikiran saya, saya mohon maaf kepada Fiorentina. Perlawanan itu terlalu penting kerana saya mahu berikan kemenangan kepada Roma. Jadi saya cuba sedaya upaya, tetapi tidak dapat melupakan kenangan lalu.
💬 @GBatistutaOK: “È stato un contrasto importante di emozioni e non so come ho fatto a gestirle. Ho capito che sarebbe stato gol subito, appena ho calciato”. pic.twitter.com/fGXrAW2nBV
— AS Roma (@OfficialASRoma) October 23, 2019
‘Sudah tentu saya tidak boleh katakan yang saya ‘gembira’ menjaringkan gol apabila berdepan bekas rakan sepasukan, tetapi Roma sangat memerlukan kemenangan pda waktu itu.”
Tidak banyak pemain yang mampu mempertahankan gelaran wira buat sesebuah pasukan sekalipun pada satu masa mereka ‘terpaksa’ bermain dan menjaringkan gol berdepan bekas pasukannya. Tetapi sumbangan Bati-gol buat Fiorentina terlalu agung untuk dinafikan.
Batistuta masih kekal sebagai penjaring terbanyak Fiorentina sepanjang zaman dengan 152 gol dan menjadi pemain bukan Eropah pertama yang membuat lebih 300 penampilan untuk kelab berkenaan.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1258034898155253760?s=20
Dua kali menjuarai Copa America, meraih kejuaraan liga bersama dua kelab terhebat Argentina serta dinamakan sebagai wira buat kedua-dua pasukan, Fiorentina dan Roma. Malah namanya juga diletakkan sebaris dengan legenda Serie A.
Di sebalik kejayaan tersebut, mungkin tidak banyak orang yang mengetahui beberapa kisah sedih yang berlaku kepada pemain legenda ini sehingga beliau pernah berdepan dengan tekanan perasaan atau depresi yang amat teruk.
Antaranya adalah beliau selama bertahun-tahun menyembunyikan kecederaan pada buku lalinya dan hanya mengambil suntikan penahan sakit apabila setiap kali beraksi. Tabiat itu ternyata memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang dan selepas bersara, keadaan buku lalinya itu bertambah teruk.
“Selepas berhenti bermain, saya merasakan buku lali saya sudah hancur. Saya boleh rasakan tulang-tulang bergesel. Saya sering menangis menahan kesakitan dan tidak boleh tidur selama berhari-hari sehinggakan pernah meminta doktor memotong kaki saya kerana rasa sakit itu amat luar biasa.”
Pre-ordering now, the 'Batigol doll' with wearable bits. Careful ladies you don't wear him out, but he does come with interchangeable 'important bits' any professional footballer needs #batigol #batistuta # Note already comes with Total Ankle Replacement (not optional atm) pic.twitter.com/GwOp1odc1b
— KiSS Ankle Medicine & Safety (@CraigJHubbard1) December 8, 2019
Selain itu, Batistuta juga telah berpisah dengan isterinya, Irina Fernandez yang dikenalinya sejak kecil selepas 30 tahun berkahwin. Sepanjang hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang anak.
Pada 2016, Batistuta juga pernah mencuba nasib untuk menjadi pengulas bola sepak di siaran televisyen. Malangnya karier barunya itu tidak bertahan lama kerana sering mendapat kritikan daripada penonton di media sosial dan sehingga hari ini beliau tidak pernah kembali lagi ke studio.