Safee Sali: Kehebatan Kaki Kiri Hardi Jaafar Sukar Dicari Ganti

Hardi Jaafar

Penyerang berpengalaman, Safee Sali melabelkan Hardi Jaafar, bekas pemain tengah negara di awal era tahun 2000 sebagai antara bintang yang sukar dicari ganti.

Bagi pemain PJ City ini, kenangan selama dua musim di Selangor bersama Hardi Jaafar pada 2009 dan 2010, banyak mengingatkannya tentang kehebatan kaki kiri dimiliki pemain yang berasal dari Ipoh,Perak itu.

Tambahnya, Hardi mempunyai keupayaan teknikal yang cukup tinggi terutama dalam visi melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan selain sering kali menjaringkan banyak gol menarik dari jarak jauh.

“Menceritakan tentang Hardi, bola dari kaki kirinya memang yang terbaik yang saya pernah jumpa sepanjang beraksi di Liga Malaysia.

“Tiap kali dia melakukan hantaran dari mana-mana posisi, pasti akan tepat dan ini banyak memudahkan tugas saya sebagai penyerang satu ketika dahulu di Selangor dan skuad negara.

“Mungkin dia tiada kepantasan tetapi keupayaan teknikal kaki kirinya yang saya rasa sukar untuk kita jumpa terhadap mana-mana pemain malah saya rasakan masih kekal antara terbaik buat masa sekarang.

“Mengenali Hardi, dia sememangnya seorang yang ceria daripada segi perwatakan tetapi cukup serius jika di atas padang dan saya gembira kerana pernah beraksi pemain sepertinya sebelum ini, ” katanya.

FOTO: AFF SUZUKI

Hardi menjadi salah seorang pemain dalam Pilihan XI Safee dengan formasi 4-5-1 menjadi pilihan.

Safee membariskan Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Asraruddin Putra Omar, Khairul Anuar Baharom, Marcos Antonio dan S Kunanlan di bahagian pertahanan.

Selain Hardi menguatkan jentera tengah, Safee turut memilih Indra Putra Mahayuddin, Pablo Aimar, Safiq Rahim dan Safawi Rasid.

Penyerang tunggal menjadi pilihan Safee ialah bekas penyerang Johor Darul Ta’zim( JDT) yang kini merupakan pengurus pasukan, Luciano Figueroa.

Dalam pada itu, Safee turut mendedahkan beraksi dengan Pablo Aimar ketika di JDT juga sebagai satu kenangan manis dalam kariernya.

“Dia sememangnya pemain berkelas dunia dan sudah cukup dikenali pada waktu itu sebelum ke JDT, jadi saya cukup teruja.

“Saat tidak boleh lupa ialah tiap kali dalam sesi latihan, memang saya tidak boleh rampas langsung daripada kakinya dan kehebatannya mengawal bola cukup menakjubkan walaupun bertubuh kecil

“Banyak juga perkara yang saya belajar daripadanya dan kekal sebagai memori manis buat saya sebagai pemain,” katanya.

Kredit featured image: Martin Rose/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Safee Sali:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN