Tunang Kashoggi Ingatkan Newcastle United, EPL Tentang Nilai Moral

Newcastle United Hatice Cengiz

Berita mengenai rundingan pengambil alihan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah pun diketahui di seluruh dunia dengan sebuah syarikat Dana Pelaburan Awam Arab Saudi bersedia untuk membelanjakan kira-kira £300 juta (RM1.61 bilion) bagi menjayakannya.

Namun langkah tersebut telah pun mendapat bantahan dan tentangan daripada beberapa pihak terutamanya badan hak asasi manusia yang melihat adanya seorang individu penting di belakang usaha tersebut iaitu Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang telah terpalit dengan pelbagai isu termasuk kes pembunuhan seorang wartawan, Jamal Kashoggi.

Kashoggi, seorang kolumnis The Washington Post warga Arab Saudi yang mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat telah pergi ke kedutaan Saudi di Instanbul pada 2 Oktober 2018 untuk menguruskan dokumen berkenaan urusan perkahwinan dengan tunangnya, Hatice Cengiz, seorang warga Turki.

Bagaimanapun, wartawan berusia 59 tahun itu dipercayai diseksa dan dibunuh secara terancang dalam bangunan kedutaan tersebut dan mayatnya yang tidak dijumpai sehingga hari ini dikatakan telah dihancurkan.

Dalam satu temubual Cengiz bersama BBC, beliau mengingatkan Newcaste United dan badan pengurusan EPL untuk meletakkan nilai moral mengatasi soal keuntungan.

Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, PCP Capital Partners dan Reuben Brothers yang bakal mengambil alih kelab Inggerus tersebut di belakangnya adalah Putera Mahkota Arab Saudi berkenaan.

“Nilai moral seharusnya diutamakan. Saya harap mesej saya ini sampai kepada pihak pengurusan Newcastle United dan mereka yang membuat keputusan.

“Kita seharusnya mengambil kira nilai etika, bukan hanya soal keuntungan atau bersifat politikal semata-mata. Kita harus membuktikan wang tidak boleh beli segala-galanya di dunia ini. Jadi mesej ini penting untuk diberikan kepada orang seperti Putera Mahkota itu.

“Tidak seharusnya ada tempat dalam bola sepak Inggeris untuk mereka yang dipercayai seorang yang kejam dan pembunuh.”

Penyiasat khas PBB, Agnes Callamard mengatakan terdapat bukti yang boleh mengaitkan Putera Mahkota Mohammaed dan pegawai tinggi Arab Saudi sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersbeut.

Mahkamah di Arab Saudi pada tahun lepas telah menjatuhkan hukuman mati terhadap lima orang dan memenjarakan tiga orang yang lain atas kes pembunuhan tersebut. Sementara Turki yang membuat perbicaraan berasingan pula telah menunuh 20 orang suspek.

Bagaimanapun banyak pihak yang mengatakan semua yang dihukum itu hanyalah ‘kambing hitam’ sedangkan suspek utama yang mengarahkan pembunuhan tersebut masih dibiarkan bebas disebabkan kedudukannya.

https://twitter.com/kendinelaik/status/1052957809694973952?s=20

Cengiz telah pun menulis surat kepada EPL untuk menghalang pengambil alihan tersebut. Dalam satu surat balas daripada pengerusi eksekutif badan, Richard Masters, pihaknya mengatakan EPL akan menilai setiap proses yang selaras dengan undang-undang United Kingdom (UK) dan juga peraturan EPL.

“Kita tidak seharusnya biarkan rundingan ini diteruskan. Kita bukan hanya bercakap soal pembunuhan seorang manusia, tetapi sebagai usaha demi masa depan yang lebih baik, untuk memastikan hak asasi manusia terpelihara dan untuk menyokong keadilan yang selama ini diinjak-injak di Timur Tengah.

“Pengambil alihan itu bukan sahaja sekadar satu ‘pembelian’ tetapi dalam gambaran yang lebih besar, ianya adalah lebih daripada itu. Arab Saudi mahu tunjukkan kepada dunia yang mereka kononnya sudah berubah. Tetapi disebalik daripada wajah yang berpura-pura itu, ia jauh daripada realiti yang sebenar.

“Sebab itulah kita perlu pastikan rundingan ini perlu dihentikan.”

Kredit Foto: EuroVizyon

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Newcastle United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN