Bekas penjaga gol Itali, Gianluca Pagliuca menggesa Gianluigi Donnarumma supaya mengambil peluang untuk berhijrah ke England.
Sehubungan dengan itu, Pagliuca menasihatkan supaya penjaga gol utama skuad kebangsaan Itali itu serius dalam mempertimbangkan tawaran diberikan mana-mana kelab dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Donnarumma sudah membuat 166 penampilan sepanjang bersama AC Milan selepas diserapkan ke skuad utama pada usia 16 tahun [musim 2015/16].
Dengan prestasi tidak menentu dipamerkan AC Milan, Pagliuca beranggapan penjaga gol berusia 21 tahun itu perlu berhijrah ke kelab besar bagi membolehkannya bersaing mendapatkan kejuaraan.
“Dia sangat rapat dengan AC Milan, dia juga mahu terus kekal di sana tetapi dia perlu untuk berhati-hati.”
“Ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mereka [AC Milan] memenangi sesuatu yang penting.”
“Terdapat pasukan lain yang jelas berada di hadapan. Anda perlu memikirkan tentang perkara itu,” ujar Pagliuca menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Jika terdapat tawaran hebat yang datang, saya akan memikirknnya, terutama sekiranya ia datang daripada kelab Liga Perdana Inggeris.”
“Jika saya beradi tempatnya, saya akan meletakkan sasaran untuk pergi ke saingan Liga Perdana Inggeris,” ujar Pagliuca lagi.
Namun, nasihat bekas penjaga gol Sampdoria, Inter Milan, Bologna dan Ascoli itu mungkin tidak dihiraukan Donnarumma kerana beliau dikatakan masih mahu kekal di San Siro.
“Warna The Rossoneri sangat bermakna buat saya kerana saya dibesarkan di sana [Milan].”
“Saya sentiasa merupakan penyokong AC Milan dan saya tidak dapat membantu tetapi saya akan memberikan yang terbaik ketika menyarung jersi ini.”