Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan, Vach Piluttla (gambar di atas) serta bintang-bintang bola sepak negara seperti Khairul Fahmi Che Mat, Amri Yahyah dan Lee Tuck mempunyai satu pesanan kepada semua peminat bola sepak dan peminat sukan di Malaysia: Al-Ikhsan kini dah ONLINE!
Jika anda mencari kelengkapan sukan untuk kekal aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, al-ikhsan.com ada semuanya.
Jika anda mencari barangan lifestyle dari jenama-jenama terkemuka macam Nike, PUMA, adidas, Skechers dan sebagainya, al-ikhsan.com pun ada.
Ketika ini di al-ikhsan.com, turut ada kempen:
- Jom Beraya Bersama Al-Ikhsan yang menawarkan diskaun sehingga 50% dan Tawaran Kombo yang bermula dengan harga serendah RM65. Promosi sehingga 31 Mei ini.
- Diskaun tambahan sebanyak 25% untuk produk Adidas dan Puma. Promosi sehingga 26 Mei ini.
- Bagi peminat Liverpool pula, Al-Ikhsan turut telah membuka pra-tempahan barangan khas Liverpool dari YNWA Spring Collection, 90’s Collection dan juga Hello Kitty.
- Juga jangan terlepas promosi NB x Liverpool FC Collection!
Pastikan anda miliki koleksi-koleksi ini untuk tunjuk kelab mana paling dominan pada musim 2019/2020 kepada peminat kelab Premier League lain.
Semua cawangan Al-Ikhsan Sports kini telah dibuka!
Al-Ikhsan turut mengumumkan pembukaan semula semua cawangan-cawangan mereka di seluruh negara.
Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan memberitahu:
“Kami telah mematuhi tatacara pengendalian piawai (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pengurusan kompleks membeli-belah supaya anda berada di persekitaran yang selamat dan bersih.”
“Kami juga mengalu-alukan kedatangan anda semula ke Al-Ikhsan Sports di mana anda boleh dapatkan kelengkapan sukan pada harga berpatutan. Anda juga boleh berbuat demikian dalam talian di www.al-ikhsan.com.