Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan D

Kumpulan D

Kumpulan D adalah lebih kepada perjuangan pasukan Melaka dan Negeri Sembilan. Melaka memiliki perbezaan jaringan 0, manakala Negeri Sembilan pula -1.

Ini memerlukan Negeri Sembilan hanya perlu seri untuk mara. Jika tewas, skuad Jang boleh tersingkir sekiranya Melaka mencatatkan kemenangan dengan sebarang skor.

Kedudukan Semasa
[table]
Pasukan ,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata,
1. FELDA United,5,4,0,1,9,3,12,
2. Negeri Sembilan,5,3,0,2,7,8,9,
3. Melaka United,5,2,0,3,7,7,6,
4. Terengganu,5,1,0,4,3,8,3,
[/table]

Negeri Sembilan v Felda United

download (2)

Prestasi 6 Perlawanan Terakhir

ns9

Rekod 6 Pertemuan Terakhir

fld2

Negeri Sembilan menang-1(17%)  Felda United menang-5(83%)  Seri-0(0%)

Fakta Perlawanan

  • Negeri Sembilan tewas dalam 2 perlawanan terakhir
  • Felda United masih belum tewas dalam 8 perlawanan terakhir
  • Sejak Mac 2016, Felda hanya tewas 3 kali dalam semua perlawanan domestik, kali terakhir tewas pada 27 Julai di tangan Terengganu
  • Negeri Sembilan hanya tewas sekali di tempat sendiri musim ini
  • Felda telah menang 6 kali dan seri sekali dalam 7 perlawanan away terakhir

image 034831700_1461511810-Terengganu_FC_2

Sebelum Wisel

Felda sedang memfokuskan kepada cabaran Liga Super dan mungkin akan merehatkan berberapa pemain terbaik mereka.

Negeri Sembilan hanya memerlukan 1 mata untuk mengesahkan kelayakan mereka ke peringkat suku akhir.

Terengganu v Melaka United

Prestasi 6 Perlawanan Terakhir

trg1

Rekod 6 Pertemuan Terakhir

tr2

Melaka menang-2(33%)  Terengganu menang-4(67%) Seri-0(0%)

Fakta Perlawanan

  • Terengganu hanya menang sekali daripada 11 perlawanan terakhir dengan 8 kekalahan dan 2 seri.
  • Terengganu gagal melakukan clean sheet dalam 8 perlawanan terakhir
  • Melaka hanya tewas sekali dalam 5 perlawanan terakhir
  • Melaka tewas 2 daripada 5 perlawanan away terakhir
  • Melaka menjaring 12 gol daripada 5 perlawanan terakhir mereka

Sebelum Wisel

Ini adalah perlawanan yang penting untuk Melaka. Mereka perlu menang untuk mengintai peluang mara sekiranya Negeri Sembilan tewas dalam satu lagi perlawanan.

20160712-TERENGGANU-WON-AGAINST-MELAKA-IN-2015-FA-CUP

Melaka dalam prestasi yang terbaik dalam kempen Liga Premier dan ia mungkin boleh menjadi motivasi berguna untuk mereka cuba melakukan keajaiban pada hari terakhir.

Terengganu masih belum ada formula untuk bangkit daripada prestasi hambar musim ini. Kemenangan mungkin akan menjadi penutup yang mereka inginkan.

Baca juga: Previu Matchday 6 Piala Malaysia 2016 – Kumpulan A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN