Sempena bulan Ramadan yang mulia, bekas penyerang Seville, Frederick Oumar Kanoute meneruskan usaha untuk mengutip dana bagi mendirikan sebuah masjid yang serba lengkap di wilayah Seville dengan sasaran sebanyak €1 juta (RM4.72 juta).
Seperti mana beberapa pemain bola sepak yang tidak boleh dipisahkan dengan sesebuah pasukan seperti Paolo Maldini dengan AC Milan, Steven Gerrard dengan Liverpool dan Rooney dengan Manchester United, nama Kanoute juga sudah cukup sebati dengan pasukan Seville.
Beliau menghabiskan tujuh tahun beraksi untuk kelab Sepanyol itu bermula 2005 sehingga 2012 sebelum menyertai kelab Liga Super China (CSL) selama semusim dan mengambil keputusan untuk menggantung but pada 2013.
Join the #Kanoute4SevilleMosque campaign to establish the FIRST purpose-built Mosque in Seville!
— Fundación Mezquita de Sevilla (@MezquitaSevilla) May 6, 2019
´One player alone doesn't win the match, join us now!´
👆🏼🏆🕌
You can help by donating, sharing this video & with your dua: https://t.co/j0AaNBF2Sf#SevilleMosque @FredericKanoute pic.twitter.com/VZenp2slma
Menurut sumber dari Bein Sports, kempen yang diberi nama ‘Kanoute 4 Seville Mosque’ itu dengan usaha sama Yayasan Masjid Seville telah bermula sejak tahun lepas dan jumlah sumbangan setakat hari ini telah pun mencecah lebih €600,000.
Mungkin ramai yang pernah mendengar cerita pada 2007 di mana Kanoute telah membantu sebuah komuniti Muslim di Seville yang hampir kehilangan tempat ibadah mereka apabila premis yang disewa menjadi sebuah ‘musolla’ (surau) di Ponce de Leon telah ramat kontrak dan bengunan itu mahu dijual oleh pemiliknya.
Kanoute kemudian telah menderma kira-kira €510,000 untuk membeli bangunan tersebut dan tempat itu masih digunakan masyarakat Muslim di kawasan sekitar untuk beribadah dan menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan sehingga hari ini.
“Tujuan saya adalah untuk membantu komuniti muslim di sana agar mereka dapat mempraktikkan ajaran agama dan berkumpul menjalankan aktiviti dan ibadah seperti mana masyarakat yang lain. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat peluang untuk membantu,” katanya.
Sepanjang tujuh tahun berkelana di kelab Andalusia itu, Kanoute telah memenangi enam trofi termasuk dua kejuaraan Piala Europa berturut-turut dan ia menjadikan bandar berkenaan sebuah tempat yang istimewa buat dirinya.
“Seville memberi makna yang besar buat saya, di mana karier saya meningkat dan saya meraih banyak kejayaan. Secara peribadi ianya terlalu istimewa buat saya dan keluarga.
Siguiendo la sunnah, en la @mezquitagranada se hace la llamada a la oración, adhan, pero en lugar de llamar a la gente a rezar en la mezquita, al estar cerrada, se llama a rezar en las casas, para prevenir el propagación del coronavirus. pic.twitter.com/jCdAAT5a6r
— Fundación Mezquita de Sevilla (@MezquitaSevilla) March 27, 2020
“Saya tidak pernah jumpa bandar di mana penduduknya mempamerkan sikap yang penuh dengan kasih sayang seperti Seville. Anak-anak saya membesar di sana dan kami masih mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk di bandar itu.”
Namun kini, komuniti Muslim di bandar itu semakin berkembang dan bangunan sedia ada tidak dapat menampung penduduk yang semakin ramai mahu beribadah di sana. Maka Kanoute merasakan beliau bertanggungjawab untuk sekali lagi membantu mereka.
Populasi masyarakat musim di bandar itu adalah sekitar 30,000. Walaupun ada beberapa tempat yang digunakan sebagai ‘musolla’ atau ‘masjid kecil’, tetapi setakat ini belum ada sebuah masjid yang dibina khas untuk mereka beribadah dengan lebih selesa.
“Sumbangan saya kira-kira 10 tahun lepas mungkin sedikit membantu mereka, tetapi ianya cuma penyelesaian sementara.
“Komuniti Muslim di Seville berharap ada tempat untuk mereka mempraktikkan agama mereka dengan lebih selesa dan juga untuk membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di mana bangunan kecil yang ada ketika ini tidak dapat menampung keperluan itu.”
Menurut perancangan, masjid baharu yang akan dibina itu akan menjadi sebuah pusat Islam dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti. Ia bukan sahaja untuk komunniti Muslim di situ, tetapi juga menjadi platform untuk menjalin dan merapatkan hubungan sesama masyarat tanpa mengira latar belakang di Seville.
Kanoute telah membuat 290 penampilan bersama Seville dan menjaringkan 136 gol. Beliau juga menerima anugerah Pemain Bola Sepak Tahunan Afrika pada 2007, tahun di mana kemuncak kepada kariernya. Namun beliau kini mempunyai satu lagi misi yang perlu diselesaikan.
Frederic Kanoute, African footballer of the year in 2007, represented Mali 38 times and now has his own foundation, which looks to create opportunities for people in Africa and Asia. pic.twitter.com/kxdSKMuYGe
— FIFA (@FIFAcom) January 29, 2018
“Saya bukan rasa bangga, tetapi lebih kepada bersyukur. Allah berikan peluang untuk saya menyumbang usaha ke arah perkara kebaikan seperti ini. Saya yakin projek ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi dan ini adalah peluang untuk semua pihak terlibat untuk membuat sesuatu yang lebih penting daripada diri kita.
“Dengan kriris yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini, ia membolehkan semua orang kembali bermuhasabah, apakah sebenarnya yang lebih penting dalam kehidupan kita.
“Saya harap orang ramai akan berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri tidak kira apa fahaman mereka. Saya berdoa akan pembinaan masjid baharu ini akan memberi sumbangan yang besar dalam menjadikan Islam lebih diterima dengan baik dan semua orang dialu-alukan untuk datang ke sana.”
Bagi rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada kempen ini, anda boleh melakukannya dengan melayari laman web berikut: https://www.launchgood.com/campaign/kanoute_4_seville_mosque#!/