Bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mendedahkan yang beliau mempunyai hubungan yang cukup tegang antara pemain kelab tersebut sewaktu berada di Stamford Bridge.
Menurut laman Goal, Sarri yang kini menjadi pengurus di Juventus mengatakan pada mulanya pemain-pemain Chelsea tidak begitu menggemari caranya yang gemar melakukan konfrontasi kepada pemain.
Gaya Sarri menguruskan pemainnya tidak ubah seperti seorang bapa yang garang terhadap anak-anaknya.
“Saya bukanlah jenis yang suka menepuk-nepuk bahu pemain dari belakang. Saya seorang yang gemar bercakap banyak mengenai kesalahan mereka dan kurang memuji persembahan baik mereka.”
Pada awalnya, corak sedemikian sukar untuk diterima oleh pemain Chelsea, akan tetapi semakin lama ianya mula diterima baik oleh mereka.
“Saya ada hubungan yang penuh konfrontasi antara pemain dalam bilik persalinan Chelsea, namun begitu mereka kesemuanya menangis sewaktu saya beritahu mereka saya akan tinggalkan kelab itu.”
Sarri mengatakan kejadian pemainnya menangis akan pemergiannya adalah impak terpenting sepanjang beliau di Chelsea.
“Itulah kesan terbesarnya, tetapi mereka mula menghargai siapa diri kita.”
“Hubungan paling panjang adalah dengan kumpulan pemain yang saya habiskan masa paling sekejap, jadi saya rasa mereka mula mengesan sesuatu selepas mereka berjaya membiasakan diri dengan perwatakan kita.”
Sarri mengatakan beliau cukup rindu akan corak permainan di Premier League yang dilihat mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi serta suasana yang menarik.
Tetapi beliau tidak mahu kembali tinggal di England.