Pengendali Juventus, Maurizio Sarri Disahkan Menghidap Penyakit Pneumonia

Ketua Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri kini disahkan sedang dirawat kerana menghidap penyakit pneumonia.

Bekas pengurus Chelsea itu tidak mengendalikan sesi latihan Juventus pada Isnin walaupun hadir ke pusat latihan kelan Turin itu.

Sarri pada mulanya dikatakan mengalami selsema selama seminggu. Namun hasil pemeriksaan kesihatan pada tengah hari Isnin mengesahkan beliau menghidap pneumonia.

“Selepas diberikan rehat yang dipantau sepanjang hujung minggu lalu, Maurizio Sarri pada hari ini berada di JTC Continassa [pusat latihan Juventus], dimana beliau boleh memantau kerja kakitangan yang lain,” ujar satu kenyataan dari kelab.

“Malang sekali, beliau belum boleh terlibat mengadakan latihan disebabkan kondisi [kesihatan] akibat selsema, yang memberi kesan kepada beliau sepanjang minggu lalu.

“Pada tengah hari, beliau menjalani satu lagi ujian untuk mengesahkan ia adalah pneumonia, yang memaksa prosedur dan terapi tertentu dijalankan.

“Jurulatih [Maurizio Sarri] telah memberikan kuasa kepada pihak kelab untuk memaklumkan tahap kesihatannya.”

Apa itu pneumonia?

Apa itu pneumonia? Pneumonia adalah jangkitan kuman pada tisu paru-paru yang mudah menjangkiti kanak-kanak dan juga warga emas. Ia turut dikenali sebagai radang paru-paru.

Pneumonia biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh disebabkan kulat atau parasit.

Seorang perokok tegar juga terdedah kepada penyakit pneumonia, yang turut boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat.

Sarri sememangnya dikenali sebagai seorang perokok tegar di kalangan komuniti bola sepak di Eropah.

Tahap kesihatan terkawal

Buat masa ini, tahap kesihatan jurulatih berusia 60 tahun itu dianggap terkawal dan dianggap berada dalam keadaan stabil.

Juventus akan berkunjung ke Parma pada hari perlawanan pembukaan Serie A pada Sabtu ini, namun masih belum jelas sekiranya Sarri sudah bersedia mengemudi pasukannya mempertahankan kejuaraan pada ketika itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN