Wong Kam Fook Pernah Cuba Disogok RM300,000 Pada Final Piala Malaysia 1970

Wong-Kam-Fook-bekas-penjaga-gol-Perak

Bekas penjaga gol skuad Olimpik 1972, Wong Kam Fook mendedahkan kepada rancangan temubual La Bola Malaya yang beliau pernah cuba disogok ratusan ribu ringgit menjelang final Piala Malaysia 1970 antara Perak menentang Kelantan.

Walaupun begitu, Wong Kam Fook memilih menolaknya dan telah memberikan aksi cemerlang menafikan Kelantan untuk meledak sebarang gol seterusnya membantu Perak menjuarai Piala Malaysia dengan keputusan 2-0 di Stadium Merdeka.

“Saya ditawarkan RM300,000, satu jumlah yang besar ketika itu, mungkin sama nilai dengan jutaan ringgit sekarang. Saya tidak kenal siapa mereka, tetapi saya syak mereka adalah sindiket pertaruhan bola sepak,” ujar Wong Kam Fook.

“Wang sebanyak itu boleh saya gunakan untuk membeli dua buah rumah yang selesa untuk keluarga saya yang ketika hanya tinggal di rumah papan,” tambahnya lagi sambil menegaskan yang gajinya ketika itu cuma RM150 sebulan.

“Tetapi, saya sentiasa ingat pesanan ibu bapa saya supaya jujur dalam apa saja yang saya lakukan,” jelas Wong Kam Fook sambil berkata yang mungkin atas kejadian tersebutlah yang telah membantunya untuk kekal lama dalam bola sepak.

Selain daripada nasihat ibu bapanya, beliau turut mengikuti nasihat saudaranya yang bekerja di sektor kerajaan untuk menolak gejala rasuah sekiranya mahu menjadikan bola sepak sebagai kariernya untuk jangka masa yang panjang.

“Saya fikir saya membuat keputusan yang tepat dengan menolak sogokan itu kerana kelab-kelab di Hong Kong hanya membuat tawaran kepada pemain yang mereka percaya bersih,” jelasnya lagi yang kini menetap di Hong Kong selepas bersara.

“Ternyata selepas tiga tahun mewakili Perak (1970-1972) dan beraksi di Olimpik 1972, ia membuka laluan saya ke Hong Kong.

“Saya menerima gaji sebanyak HK2000, bersamaan kira-kira RM1,000 ketika itu tapi jika dicampur elaun dan bonus, saya dibayar kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 sebulan,” dedahnya mengenai gaji yang diterimanya ketika berhijrah ke sana.

Penghijrahannya ke Liga Hong Kong ketika itu juga mendapat restu pengurus skuad kebangsaan, Allahyarham Datuk Harun Idris tetapi telah memberikannya satu syarat iaitu tidak menukar kerakyatannya dan kekal sebagai rakyat Malaysia.

“Saya tak pasti adakah beliau serius atau bergurau, tetapi saya menyakinkan beliau bahawa saya akan kekal sebagai rakyat Malaysia, malah memang tidak pernah terlintas pun untuk saya menukar kerakyatan,” jelas Wong Kam Fook.

Ketika ini, anaknya, Oscar Wong Tse Yeung telah mengikuti langkahnya menjadikan bola sepak sebagai karier dan pada musim lalu beraksi bersama Melaka United. Namun, beliau telah dilepaskan untuk permulaan musim 2020.

KREDIT FEATURED IMAGE: LA BOLA MALAYA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN