Kisah Indah Yang Singkat Dalam Karier Andrey Arshavin

Andrey Arshavin

Aksi memukau Andrey Arshavin sewaktu membantu Russia pada kempen Euro 2008, termasuk satu gol terus menghumban Belanda keluar dari peringkat suku akhir membuka mata kelab besar untuk mendapatkan khidmat ‘Russian Enigma’ atau ‘Little Magician’ ini.

Kelab besar seperti Barcelona juga turut mengejar tandatangan pemain ini. Namun beliau akhirnya memilih untuk bersama Arsenal bagi mengharungi musim 2008/09.

Musim sebelum itu, beliau berjaya membantu kelab Zenit St.Petersburg meraih gelaran juara UEFA Cup. Sekarang dikenali sebagai Europa League. Piala kedua termasyhur selepas Piala Liga Juara Eropah.

Bagi sebuah kelab dari Russia, yang peminat hanya sekadar bersuam kuku, pencapaian tersebut dianggap agak berjaya.

Sepanjang 5 tahun di Arsenal, beliau hanya mampu beraksi sebanyak 144 penampilan dengan 31 gol.

Tarikh 21 April 2009 sewaktu menentang Liverpool yang berkesudahan seri 4-4, Arshavin berjaya mencetak 4 gol membantutkan usaha Liverpool mencari kejuaraan kali ke 19. Dimana pada musim itu, Liverpool bersaing rapat dengan MU. Keciciran dua mata menjadi penentu kejuaran ketika itu.

4 gol bertemu Liverpool menjadi penanda aras kehebatan Arshavin. Dengan merayakan gol ke 4 sambil jari menunjuk angka 4 ke arah penyokong Liverpool, memang satu kepuasan maksimum yang diimpikan oleh semua pemain bolasepak moden.

Namun lagit tidak selalunya cerah. Arshavin kelihatan ‘struggle’ dengan kehidupan di Kota London, seperti yang pernah diberitahu oleh bekas penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia.

Embed from Getty Images

“Saya dengan Arshavin agak rapat semasa di kelab. Di bilik persalinan dia agak pendiam, jarang bercakap dan berkongsi masalah dengan rakan sepasukan. Mungkin dia tak selesa duduk di London.”

Pernah juga seorang wartawan sukan di Russia mengeluarkan komen yang berbunyi: “Tipikal pemain bola sepak Russia ialah mereka ini tidak bercita-cita tinggi, apabila mendapat duit hasil daripada bola sepak, mereka akan terus melepak dan tidak menunjukkan peningkatan. Ia merupakan mentaliti pemain bola sepak Russia yang sukar untuk diubah. Termasuk juga Arshavin.”

Demi mendapatkan tempat bersama kem Russia di Euro 2012, Arshavin dipinjamkan ke kelab asal beliau Zenit dan terus menjadi perpindahan tetap. Semasa kempen Euro 2012, Russia gagal mengulangi pencapain edisi sebelumnya dan mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Paling menyedihkan, Andrey Arshavin menjadi kapten pasukan ketika itu. Ketika ditanya wartawan atas kegagalan pasukan semasa pertandingan tersebut, Arshavin dengan tenang menjawab. “Untuk apa kami harus memohon maaf? Bukan salah kami tidak memenuhi harapan anda. Itu masalah anda sendiri.”

Karier Arshavin merudum terlalu drastik selepas komen yang dibuat beliau. Dari diangkat sebagai hero terus rakyat Russia menunding jari ke arah beliau atas kegagalan kempen Euro 2012. Beliau mula bangkit semula bersama kelab Zenit, memenangi kejuaraan liga Russia pada 2015 bersama jurulatih Andre Villas- Boas.

Penghujung musim 2015, pemilik kelab Zenit tidak berminat menyambung kontrak Arshavin, beliau hampir memikirkan untuk mengumumkan persaraan namun pada musim 2016, sebuah kelab berlatarbelakang politik, Kuban Krasnodar memancing beliau semata-mata untuk mendapatkan sokongan ketika pilihanraya.

Selepas musim pilihanraya, pemilik kelab hilang minat untuk menguruskan kelab. Kewangan terumbang ambing, Arshavin hanya beraksi sebanyak 9 perlawanan dan tiada satu pun meraih kemenangan. Ramai pemain bintang dijual dan kelab diambang kejatuhan. Sama seperti kerjaya Arshavin.

Dia akhirnya menamatkan kerjaya bersama kelab Kazakhstan, Kairat sepanjang musim 2016 hingga 2018 sebelum menggantung but pada umur 32 tahun. Beliau kini merancang untuk membuka akademi di Zenit, kerana merasakan beliau perlu memberikan sesuatu kepada tempat yang mencipta dirinya.

Andrey Arshavin, salah satu lagi bakat yang merugikan? Anda sendiri nilaikan.

Kredit foto: Sergey Mihailicenko/Anadolu Agency/Getty Images

Nota editor: Artikel ini adalah sumbangan Fazridzul Fadzly, telah disunting sebelum diterbitkan di Semuanya BOLA dengan kebenaran. Hantarkan artikel anda (tidak kurang dari 350 patah perkataan) ke [email protected] di dalam bentuk Microsoft Words jika mahukan ia dibaca oleh lebih sejuta pembaca kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN