Permulaan
Kelantan 4-4-2
Popov kali ini turun dengan formasi 4-4-2 dengan menurunkan Khairul Izwan dan Fakhrul di serangan. Indra lebih kepada no.8. Wan Zahrulnizam di sayap kiri.
Selangor 4-3-3
Selangor turun dengan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Andik dan Gopinathan di sayap.Ia adalah sistem yang lebih teamplay berbanding dengan rigid 4-4-2.
Kelantan Bermula Intensif Tinggi Namun Tidak Ada Penyudah
Serang, serang dan serang. Itulah kronologi pasukan Kelantan pada awal separuh masa pertama. Namun masalah utama ada kualiti penyudah dan hantaran akhir pasukan ini terlalu mudah dipatahkan oleh pertahanan Selangor.
Mereka mendesak pasukan Selangor untuk bertahan di kawasan sendiri sehingga 10 pemain. Pasukan Selangor memang kerap berdepan masalah untuk settle down cepat.
Dengan tekanan sebegini, lagilah Selangor bermasalah untuk memperkemas formasi taktikal mereka. Namun begitu, kordinasi posisi pemain Kelantan ketika menyerang agak kucar kacir. Tidak ada platform jelas.
Pemain terlalu bergantung kepada gerakan on ball dan juga larian deras. Kesannya, kerapkali mereka gagal memahami apa yang hendak dilakukan rakan sepasukan.
Ia adalah isu kegagalan bermain dalam organisasi. Persefahaman antara pemain juga memainkan peranan penting. Namun sebelum ke isu persefahaman, fokus dahulu kepada disiplin di dalam taktikal.
Apabila pemain seperti Indra melakukan gerakan ke atas, tidak ada plan untuk melindungi kawasan tengah, sama ada pemain mengisi tempat tersebut atau pemain pertahanan menaikkan garisan pertahanan.
Boleh dikatakan pemain-pemain Kelantan bergerak dalam keadaan ‘headless chicken.’ Namun mereka tetap menghadirkan banyak ancaman kerana intensiti dan kualiti individu.
4-4-2 Kelantan Bermasalah Dan Indra Cuba Memperbaiki
Sistem 4-4-2 Kelantan agak rosak. 2 penyerang utama mereka kerap berada di luar box. Bila keadaan ini berlaku, mereka seakan bermain tanpa penyerang.
Indra melakukan serangan dari belakang dan beliau memang bertindak dengan berkesan pada malam tersebut dan memenangi penalti untuk pasukan beliau.
Di sayap kiri, Wan Zahrulnizam tidak bermain dalam sistem flanker untuk mifielder 4. Beliau terlalu banyak menyerang zon 14 sedangkan pasukan ini ada penyerang berkembar.
Sistem 4-4-2 Kelantan tidak ada pelan servis dan banyak berkumpul di wide area. Apabila menggerakkan bola dari belakang, Kelantan terlalu mudah hilang bola dan melakukan hantaran yang gagal.
Selangor Lebih Direct Dan Tajam Di Final Third
Saya selalu mengkritik corak permainan Selangor yang overplay di final third. Namun kali ini mereka lebih direct dan tidak melakukan terlalu banyak sentuhan secara individu.
Yang menariknya, setiap kali mereka melancarkan ancaman, Selangor seakan-akan terlalu kuat dan tajam.
Pemain cepat mengalirkan bola kepada rakan dan lebih banyak teamplay. Ronaldinho sendiri tidak banyak menyimpan bola kali ini.
Mereka memanipulasi kelemahan organisasi pasukan Kelantan dengan hantaran pantas. Back 4 Kelantan sangat naif dalam perlawanan ini.
2 fullback mereka terlalu mudah dibocori. Manakala, apabila Selangor mula meletakkan ramai pemain dalam kotak penalti, mereka jadi cepat panik.
Dengan pace yang lemah, backline Kelantan kerap hilang bola dan gagal untuk mematikan gerakan lawan yang ada pemain laju dan berskil. Komunikasi antara pemain-pemain pertahanan Kelantan seakan-akan sangat lemah.
Selangor bukanlah pasukan yang menekan dari semua unit. Hadi dan Veenod cuma sekali sekali membantu melakukan pressing. Di wide area, fullback Selangor lebih rigid.
Namun mereka cuma perlu menyerahkan bola segera kepada pemain di final third dan trio serangan mereka akan melakukan selebihnya.
Di bawah ini adalah gambaran bagaimana taktikal Selangor yang cuma memerlukan pergerakan dan interaksi aktif attacking 3 mereka untuk menewaskan pertahanan Kelantan.
Selangor tidak ada sokongan yang kuat di bahagian sayap dengan fullback mereka terlalu deep dan defensive. Ia memerlukan trio Andik-Gopi-Patrick untuk melakukan tugas sebaik mungkin di atas.
Verdict
Ia adalah pengajaran berguna untuk berberapa pemain muda Kelantan. Namun ia bukan alasan untuk melakukan berberapa kesilapan mudah dalam perlawanan.
Selangor pula membuktikan mereka masih pasukan yang hebat di serangan sekiranya pemain seperti Andik dan Patrick berada dalam prestasi terbaik. Mereka sangat opportunist!
Namun, ini bukan penanda aras sebenar aksi pasukan Selangor kerana Kelantan amat naif dalam perlawanan ini. Ia keputusan yang positif untuk Selangor pasca Zainal Abidin Hasssan.
Man Of The Match
Patrick Ronaldinho Wleh (Selangor)