Dana RM45 Juta NFDP Disalahguna Oleh Para Oportunis?

Skuad AMD NFDP Piala Belia 2020

Berikutan laporan Metro, skuad B-16 Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang didapati memakai jersi lama dengan logo yang telah tercabut pada Khamis, mencetuskan persoalan mengenai ke mana peruntukan bajet RM45 juta ketika Belanjawan 2019?

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang telah menggerakkan idea Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) juga dilihat menzahirkan rasa kecewanya dan bersedia membantu jika NFDP sedang mengalami masalah.

Ketika ini, NFDP diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Saad Ichalelene dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP bagi menggantikan Lim Teong Kim yang tidak disambung kontraknya pada Oktober lalu.

Selain Saad, pihak tersebut turut melantik Dennis Bekking selaku Pengarah AMD, Abdifitaah Mohamed Hassan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan serta Aminuddin Hussain selaku Ketua Pembangunan Remaja.

Laman Twitter, YouthFootballMalaysia dalam posting pada Jumaat telah membuat pendedahan yang menurut mereka bukanlah untuk bermain politik, namun sekadar mendedahkan onar yang telah dibuat oleh pegawai-pegawai yang tidak amanah.

Dalam posting tersebut, YouthFootballMalaysia mendedahkan selepas kegagalan skuad B-17 yang dikelola oleh NFDP dan dikendalikan Lim Teong Kim untuk ke Piala Dunia, pelbagai pihak yang bergelar oportunis mula mempersoalkan NFDP.

Seterusnya, ianya dikatakan telah diserap masuk ke dalam Bahagian Atlet di MSN dan telah diuruskan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai di sana yang turut dikhabarkan menjaga sukan-sukan berpasukan dan berprestasi tinggi lain.

Menurut posting tersebut lagi, dalam tahun itu juga, mereka telah kehilangan tajaan berjumlah hampir RM20 juta daripada beberapa syarikat swasta antaranya MediaPrima, Telekom Malaysia, 100 Plus, Al-Ikhsan, Adidas, MMC dan lain-lain lagi.

Namun, dengan peruntukkan Belanjawan 2019 yang bernilai RM45 juta kepada mereka, ia dijangkakan akan mampu bergerak lebih baik berbanding dengan wang tajaan sebelum ini. Namun, menurut YouthFootballMalaysia, ianya jauh meleset.

Dan dengan peruntukan yang besar, isu menukar jersi sepatutnya tidak berlaku dan menurut posting itu lagi, selain isu jersi yang mungkin kecil anak, terdapat beberapa lagi perkara yang telah berlaku selepas menerima bajet besar tahun lalu.

Antaranya penutupan Pusat Latihan Daerah (PLD), masalah pembekalan peralatan latihan, pengelolaan pertandingan yang dilihat cacamarba, elaun para jurulatih yang telah dipotong, tiada lagi bantuan kepada Liga anjuran KPM dan sebagainya.

Jadi, adakah ianya bakal berkubur begitu sahaja? Adakah ketidaktentuan politik dalam negara sejak beberapa tahun ini telah menyebabkan para oportunis mula mengambil kesempatan ke atas projek ‘permata’ negara ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: NFDP

Baca juga artikel kami yang lain mengenai NFDP:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN