Selepas UEFA mengumumkan penundaan kejohanan eropah (Euro 20200 ke musim panas tahun hadapan (Euro 2021), CONMEBOL turut mengambil langkah yang sama.
Terbaru giliran CONMEBOL menangguhkan kejohanan utama serantau di benua Amerika Selatan akibat penularan wabak coronavirus di seluruh dunia.
Kejohanan 12 pasukan itu sepatutnya akan diadakan pada 12 Jun sehingga 12 Julai di Colombia dan Argentina sebagai tuan rumah bersama.
Kini seperti Euro 2020 yang bertukar menjadi Euro 2021, Copa Amerika turut mengalami nasib yang sama untuk diadakan pada 2021.
“Ini adalah perubahan yang perlu dilakukan dalam keadaan tak terjangka, dan merupakan perkara asas yang perlu dilakukan untuk menyekat penularan wabak ini,” ujar CONMEBOL dalam satu kenyataan oleh preseidennya, Alejandro Dominguez.
Menurut Dominguez lagi, tarikh baru untuk kejohanan tersebut diadakan adalah pada 11 Jun sehingga 11 Julai 2021.
“Ia tidak mudah untuk membuat keputusan ini, tetapi ia perlu dilaksanakan demi kesihatan pemain dan semua pihak yang menjadi keluarga besar bola sepak di Amerika Selatan,” tambanhnya lagi.
“Saya tidak meragui kejohanan bola sepak paling tua di dunia ini akan kembali lebih megah pada 2021 nanti.”