Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Dato’ Sri Rizal Merican Naina Merican telah menerima kunjungan hormat oleh deligasi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya pada Selasa.
Hamidin turut disertai oleh dua Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dua Naib Presiden, Dato’ Ab Ghani Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MFL dan Datuk Haji Rosmadi Ismail serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam,
Dalam pertemuan tersebut telah dibincangkan mengenai kerjasama dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), projek Kompleks Latihan Pasukan Kebangsaan di Putrajaya, ibu pejabat baharu FAM di lokasi yang sama, projek naturalisasi, pengadil profesional dan kempen #Respect.
“Hasil kunjungan hormat ini menyaksikan
Dato’ Sri Reezal menyambut baik kehadiran FAM sambil membincangkan prospek pasukan kebangsaan, hubungan FAM dengan ahli gabungan dan kaedah terbaik mempromosi bola sepak wanita.
“KBS dilihat komited dalam menyokong pelan jangka panjang yang direncanakan FAM menerusi peta hala tuju F:30 malah kami juga berbincang mengenai situasi kewangan dan penjanaan pendapatan FAM.
“Dalam pada itu, pertemuan ini juga membincangkan mengenai situasi semasa membabitkan penularan wabak COVID-19 terutama dalam merencana jadual akan datang sukan bola sepak tempatan,” kata Datuk Haji Hamidin.
Sementara itu, Reezal pula menggesa agar FAM berusaha mencipta penanda aras baharu bagi mengangkat bola sepak negara ke satu tahap yang lebih tinggi dan mampu mencipta gelombang baharu dalam membangunakan bola sepak di semua peringkat.
Beliau turut memuji FAM yang disifatkan mempunyai perancangan yang cukup komprehensif.
Kredit Foto: FAM