Atalanta mudah layak ke suku akhir Champions League selepas Josip Ilicic menjaringkan empat gol untuk menewaskan tuan rumah Valencia dalam Stadium Mestalla yang kosong berikutan penularan wabak COVID-19 di Eropah.
Sebelum perlawanan timbal balik ini, Atalanta sudah pun mendahului Valencia 4-1 secara agregat selepas menang perlawanan pertama pusingan 16 minggu lepas.
Atalanta mendahului seawal minit ke-3 apabila Ilicic sendiri menyempurnakan penalti selepas beliau dijatuhkan oleh pertahanan Valencia, Mouctar Diakhaby.
Kevin Gameiro memanfaatkan keadaan kelam-kabut pertahanan Atalanta untuk menyamakan kedudukan buat tuan rumah. Tetapi Diakhaby sekali lagi menembak pasukannya di kaki mereka sendiri dengan menampan pula bola untuk sepakan penalti kedua untuk Ilicic.
Ketinggalan 2-6 secara agregat, Valencia bangkit menerusi gol kedua Gameiro dari tandukan jarak dekat. Ferran Torres kemudiannya menyungkit bola untuk meletakkan tuan rumah di depan.
Tetapi rembatan padu Ilicic dari jarak 20 ela mengembalikan pendahuluan tiga gol Atalanta secara agregat. Dengan gol ini, beliau menjadi pemain Slovenia pertama yang menjaringkan hatrik Champions League.
Gol keempat Ilicic berpunca dari percubaan kaki kiri yang menerjah jaring sudut kiri atas. Gol tersebut mengesahkan kemenangan 8-4 Atalanta secara agregat untuk menggembirakan bos mereka, Gian Pero Gasperini.
Atalanta kini sudah menjaringkan 28 gol dalam tujuh perlawanan terakhir mereka. Ini merupakan kali pertama pasukan Itali ini layak ke suku akhir Champions League sejak Leicester City kali terakhir melakukannya pada musim 2016/2017.