Mourinho Beri Bayangan Nak ‘Shopping’ Lagi

Jose Mourinho

Susulan kekalahan Tottenham Hotspur kepada RB Leipzig dalam aksi pusingan 16 UEFA Champions League 2019/2020, pengurus Jose Mourinho memberitahu kerjanya akan menjadi lebih susah jika ini sahaja skuad yang beliau ada.

Spurs yang ketika ini bergelut dengan kecederaan beberapa pemain utamanya seperti Harry Kane, Son Heung-min, Moussa Sissoko, Steven Bergwijn dan Ben Davies gagal mempamerkan persembahan bertenaga sejak akhir-akhir ini. Mereka kini sudah gagal menang 6 perlawanan terakhir mereka.

Mengulas persembahan pasukannya selepas dihumban keluar Champions League, Mourinho berkata:

“Kami datang ke perlawanan ini dengan kepercayaan [untuk menang]. Tapi kami tahu ianya sukar. [RB Leipzig] pasukan yang sangat kuat.

“Susah kami nak menjaringkan gol ketika ini. Bila kami buat kesilapan dan lawan menjaringkan gol, kerja tersebut [menjaringkan gol] menjadi lebih susah.

“Fizikaliti pemain [Leipzig] sangat mengagumkan. Pertahanan mereka menang duel. Mereka menghentikan serangan kami. Mereka juga sangat laju bila menyerang. Mereka layak pergi ke suku akhir.”

(Photo by Pawel Andrachiewicz/PressFocus/MB Media/Getty Images)

Ketika ditanya oleh media kelab mengenai mesej yang mahu disampaikannya kepada penyokong menjelang baki perlawanan yang perlu ditempuhi Spurs, Mourinho memberi bayangan perubahan akan dilakukan dalam pasaran jendela perpindahan pemain nanti.

“Mesejnya adalah – inilah apa yang kita ada. Ini sahajalah pemain yang kita ada.

“Mungkin nanti kita boleh harap Harry [Kane], Moussa [Sissoko] dan Son [Heung-min] untuk membantu kita mendapatkan keputusan yang kita mahu. Musim ini memang musim yang betul-betul malang untuk kelab.

“Saya rasa mana-mana pasukan adakan bergelut dengan prestasi jika menghadapi situasi sama. Kecederaan Sonny, Harry, Moussa dan Ben – ia terlalu berat, terlalu berat untuk dihadapi.”

Mourinho merupakan pengurus yang dianggap berkaliber dalam arena Champions League – selepas pernah bergelar juara dua kali bersama Porto (2004) dan Inter Milan (2010).

Tetapi kini pengurus berbangsa Portugis itu gagal memenangi semua lapan perlawanan kalah mati Champiosn League sejak 2014.

Kekalahan 0-3 kepada Leipzig ini juga merupakan kekalahan agregat paling besar dialaminya. Kali terakhir beliau kalah sebegini adalah dengan jaringan agregat sama apabila Real Madrid tewas kepada Borussia Dortmund 1-4 pada April 2013.

Dan ini juga kali pertama beliau gagal menang enam perlawanan berturut-turut sepanjang 935 perlawanan dalam kariernya. Ia juga kali pertama beliau kalah tiga perlawanan berturut-turut dalam Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN