Pengendali Negeri Sembilan Sazali Saidun menyatakan bahawa mereka tidak perlu panik selepas dua kekalahan awal pada musim ini ini dalam saingan Liga Premier.
Negeri Sembilan kalah lagi dalam saingan Liga Premier. Dan kali ini mereka menjadi mangsa Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur menang 3-1 kepada skuad Negeri Sembilan. Skor yang sama dicatatkan oleh JDT II dalam perlawanan sebelum ini.
Mengulas tentang prestasi anak buahnya, Sazali Saidun menyatakan mereka cuba untuk bermain secara bertahan dan menyerang balas pasukan lawan.
“Kita bermula pada separuh masa pertama dengan corak bertahan dan cuba melakukan serangan serangan balas.”
“Kita bertahan dengan baik dan berjaya melakukan serangan balas. Cuma kita tak memanfaatkan peluang yang ada.”
“Dan separuh masa kedua, kita melepaskan bolos awal selepas pemain pertahanan membuat kesilapan.”
“Ianya diikuti oleh gol kedua [Kuala Lumpur]. Kemudian ada pemain kami yang menerima kad merah. Beraksi dengan kurang seorang pemain, sedikit sebanyak merencatkan serangan kita.”
“Namun para pemain bermain agak baik, dan kita berjaya mengawal perlawanan terutama sekali separuh masa kedua.”
“Kita juga memiliki peluang pada separuh masa kedua, cuma pasukan Kuala Lumpur bertahan dengan baik.”
Sazali Saidun kemudian menegaskan pasukannya belum panik lagi buat masa ini.
“Setakat ini kita masih belum rasa panik lagi. Baru sahaja dua perlawanan, dan kita akan cuba di perlawanan seterusnya.”
Sazali sekali lagi memuji para pemainnya yang menurutnya bermain agak baik dan cuba membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata dari ibukota. Namun malangnya mereka gagal melakukannya.
Kekalahan ini meletakkan Negeri Sembilan di tangga kedua tercorot. Hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan daripada Selangor 2.
KEDUDUKAN PUSINGAN LP2 LIGA PREMIER 2020#LigaPremier2020 pic.twitter.com/x5UZYjTKI3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 7, 2020
Sazali Saidun dan Negeri Sembilan pastinya mahu memperbaiki prestasi awal musim ini. Mereka perlu mula menang jika mahu layak ke Liga Super musim hadapan.