BBC melaporkan pasukan Everton telah berjaya mengikat penyerang muda sensasinya, Dominic Calvert-Lewin dengan kontrak baharu selama lima tahun sehingga 2025.
Kontrak asal pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini akan tamat pada 2022. Kecemerlangan Calvert-Lewin yang sudah pun menjaringkan 15 gol dalam 31 perlawanan pada musim ini menjadikan beliau prospek yang diburu oleh beberapa kelab besar Eropah.
Sejak di bawah bimbingan Carlo Ancelotti, prestasi pemain kelahiran Sheffield itu mencanak naik dengan menjaringkan 8 jaringan gol bermula Disember lepas sehingga kini.
✍️ | DCL 2025! #EFC 🔵 pic.twitter.com/A1CGJO0tZa
— Everton (@Everton) March 6, 2020
Beliau menyertai The Toffees dari Sheffield United pada Ogos 2016 dan sudah pun beraksi sebanyak 124 perlawnaan dalam semua pertandingan.
“Hari ini adalah hari yang cukup membanggakan saya. Saya sudah cukup bersedia untuk membuktikan bahawa saya mampu untuk memenuhi jangkaan dalam menjadi penyerang utama di sini dengan menyarung jersi nombor 9.
“Bagaimanapun saya sedar yang saya perlu berusaha lebih keras untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi. Saya yakin mampu melakukannya.” kata bekas penyerang England bawah 21 tahun (B-21) itu.
💙 | Dominic Calvert-Lewin: Everton's number 9️⃣! pic.twitter.com/MHd0SmJqDR
— Everton (@Everton) March 6, 2020
Ancelotti yang ditemubual berkata Calvert-Lewin berpotensi untuk menjadi salah seorang penyerang terbaik di Eropah. Pemain tersebut juga telah disenaraikan dalam skuad kebangsaan England bagi perlawanan persahabatan pada hujung bulan ini.
Calvert-Lewin masih belum mendapat peluang untuk membuat penampilan bersama skuad senior England. Tetapi beliau merupakan penjaring gol dalam perlawanan akhir ketika England menjulang kejuaraan Piala Dunia B-20 pada 2017.
Ketika Aceotti tiba di Goodison Park, Everton ketika itu menduduki tangga ke-15 liga. Calvert-Lewin yang diberi lebih banyak peluang oleh jurulatih dari Itali untuk beraksi dalam kesebelasan utama telah membalas kepercayaan tersebut dan kini Everton sudah pun memanjat ke kedudukan ke-11.
Couldn’t sleep last night! A huge day for me and my family. New contract…just getting started 💪🏽💙 #UTFT pic.twitter.com/FaFgp442Rz
— Dominic Calvert-Lewin (@CalvertLewin14) March 6, 2020
Pemain tersebut berkata ‘perubahan drastik’ di Everton sejak Disember sangat mengkagumkan dan pengurus seperti Ancelotti telah menjadikan proses pembaharuan di kelab itu menjadi lebih mudah.
Pada awal minggu ini, pemain pertahanan berusia 23 tahun, Mason Holgate juga telah menandatangani kontrak selama lima tahun di Everton.