‘Attention to Detail’ Tema Jersi Melaka United 2020

Jersi Melaka United 2020 yang dihasilkan oleh AL Sports mendapat pujian majoriti penyokong Melaka United apabila dilancarkan buat kali pertama pada 22 Februari lepas. Kalau anda tak percaya, anda boleh lihat komen di Facebook Melaka United. Ramai suka dengan rekaan jersi pasukan mereka pada musim ini.

Jadi bila ramai penyokong Melaka United puji-puji, saya perlu mendapatkan ketiga-tiga jersi Melaka United musim 2020 untuk melihat sendiri perbezaannya berbanding jersi musim 2019.

Saya cakap terus-terang sahaja. Jersi home Melaka pada musim 2019 adalah antara ilham rekaan jersi paling tidak berinspirasi pernah saya tengok. Siapa letak nombor di depan jersi home, tapi tidak di jersi away dan third mereka? Di mana keseragaman rekaan mereka?

Kredit Foto: Melaka United SA

Semasa majlis perasmian jersi Melaka United 2019, nombor di bahagian depan ini tidak dicetak – menyebabkan ia terbiar kosong dan nampak macam tak kena.

Casagrande mempamerkan jersi home Melaka United semasa majlis pelancaran jersi pada musim 2019. (Foto: Sinar Harian)

Kemudian mari kita bercakap tentang logo penaja jersi yang diwarnakan oren.

Kenapa logo penaja tak diwarnakan hijau pada jersi home dan warna putih pada jersi away? Jangan cakap tak boleh buat sebab pada musim 2018, penaja tersebut boleh saja mewarnakan logo mereka dengan warna putih seperti gambar di bawah.

Ifedayo Olesegun meraikan jaringannya ketika perlawanan home Melaka United pada musim 2018. (Foto: MFL)

Pendapat ini datangnya daripada pembeli jersi Melaka United 2017. Jersi Melaka United pada musim 2017 merupakan antara jersi paling saya gemari. Walaupun bahagian depan jersi dipenuhi logo penaja, tetapi potongan badan jersi dan konsep rekaannya sangat menarik minat saya.

KELANTAN : Melaka Player Ilijia Spasojevic (9) celebrates after scored 1st goal during Malaysia Super League match 2017 between Kelantan and Melaka on 21 February 2017 at Sultan Mohd IV Stadium. (Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my)

OK. Saya kena berhenti cakap pasal jersi-jersi Melaka United pada musim lepas. Mari kita bercakap tentang jersi Melaka United 2020.

Konsep rekaan KISS

Satu peraturan asas bila anda kena buat konsep rekaan jersi adalah KISS. Keep it simple, stupid. Dalam rekaan jersi bola sepak, less is more. Tapi bila dah buat simple, janganlah diabaikan benda-benda kecil seperti pemilihan warna pada logo penaja.

Sekali pandang, jersi Melaka United pada musim ini memang menepati konsep KISS. Ia ringkas – tetapi tetap menarik perhatian. Gradient warna hijau bahagian depan jersi home membuatkan mata tertumpu kepada nama penaja (yang disukai penaja) dan abdomen pemakai (yang akan disukai oleh pemakai yang perutnya tak buncit).

Jersi away pula berwarna hitam dengan jalur royalblue (RGB: 65, 105, 225). Jersi away pula berwarna putih dengan motif ala-ala jersi Belgium semasa Piala Dunia 2018 yang berwarna kelabu.

Jika dibanding rekaan jersi home, away dan third, saya lebih suka jersi home.

Bulatan logo AL di jersi home pula diberi warna dark teal (RGB: 0, 128, 128) – bukannya hitam seperti yang nampak dalam gambar di bawah. Di jersi away, ia diberi warna emas untuk memberikan contrast yang cantik. Di jersi third, ia diberi warna merah.

Logo Olympex juga mengikut tema warna jersi. Kalau jersi home, ia diberi warna putih. Kalau jersi away, ia diberi warna emas. Di jersi third, ada perubahan sikit yang bagi saya menarik; logo Olympex diberi warna steelblue (RGB: 70, 130, 180) dan sedikit warna oren.

Akhirnya: curved hem pada jersi!

Sejak dari dulu lagi, satu benda yang saya tak berapa gemar dengan majoriti jersi adalah bentuk kelepet lurus (straight hems) di bahagian bawah.

Bentuk kelepet yang lurus di bahagian bawah jersi membuatkan pinggang pemakai jadi lebar. Kalau yang pakai itu kurus-keding, lain cerita. Tapi kalau si pemakainya berisi, ia membuatkan pinggul pemakai nampak lebar dan besar.

Jadi apabila AL memakai bentuk kelepet lengkung di bahagian bawah jersi pada musim ini, saya terus tertarik.

Kelepet lengkung membuatkan pinggul pemakai nampak kecil sedikit. Jadi ia lebih sesuai untuk semua jenis bentuk badan – terutamanya jika pemakai mempunyai pinggul yang lebar.

Lagipun jenis kelepet lengkunglah yang paling sesuai kalau kita tuck out. Jadi jersi Melaka United kali ini nampak lebih cantik untuk dipakai buat jalan-jalan. Ya lah. Kita bukannya pak cik 50-an nak tuck in baju masuk dalam seluar jeans masa jalan-jalan, kan?

Logo Melaka United yang super-detailed

Jika anda lihat betul-betul logo Persatuan Bola Sepak Melaka, anda akan dapat tengok kenapa ia merupakan mimpi ngeri pengeluar jersi.

Kerumitan untuk mencetak perincian pokok Melaka di logo tersebut merupakan cabaran utama pengeluar jersi yang mementingkan attention to detail.

Kalau kita tengok balik perincian logo Persatuan Bolasepak Melaka di jersi musim 2017, jelas ia belum betul-betul halus.

Tapi kalau kita tengok di jersi musim 2020, AL hampir berjaya menterjemahkan kehalusan pokok Melaka tersebut di atas jersi. Ia masih belum 100%, tapi dah capai tahap keserupaan 90% dengan logo sebenar. Dan perlu diingat, logo ini logo 3D.

Dapatkan jersi Melaka United 2020 di Al-Ikhsan dan Football Republic

Jersi Melaka United musim 2020 ini boleh anda beli di semua cawangan butik al-ikhsanSPORTS sekitar Melaka dan beberapa cawangan terpilih di negeri lain.

Jika anda berada di Lembah Klang, anda boleh mendapatkan semua jersi ini di Football Republic Suria KLCC dan Football Republic Sunway Pyramid. Ayuh sokong pasukan kita dengan membeli jersi original!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN