Chelsea melayan kunjungan Liverpool dalam aksi pusingan kelima Piala FA.
Ini merupakan perlawanan tumpuan melibatkan dua pasukan big six.
Frank Lampard menurunkan semula Kepa Arrizabalaga dalam perlawanan ini, selepas beliau disisihkan dalam beberapa aksi liga.
Adrian telah menjadi perhatian pada awal perlawanan. Beliau awalnya melakukan save yang cantik menafikan percubaan Willian.
Namun beberapa minit selepas itu Adrian melakukan kesilapan penjaga gol dengan gagal mengeluarkan percubaan Willian.
TOO HOT TO HANDLE 🔥#UndertheLights #CHELIV pic.twitter.com/h1E1n47oOM
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Liverpool memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan. Namun percubaan Sadio Mane dan Origi dinafikan oleh Kepa Arrizabalaga dengan save berganda.
Chelsea berjaya menutup ruang dan memberikan tekanan kepada Liverpool. Pada masa yang sama skuad Frank Lampard mencipta beberapa gerakan bahaya.
Chelsea masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.
The Blues in front after a highly entertaining first half at the Bridge! 👊
🔵 1-0 🔴 #CHELIV pic.twitter.com/NnBfjIoGsD
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 3, 2020
Pada separuh masa kedua. Liverpool memperbaiki tempo permainan mereka. Curtis Jones memberikan masalah kepada Chelsea dengan beberapa siri gerakan bahaya.
Namun Chelsea menambah satu lagi gol menerusi Ross Barkley hasil daripada serangan balas. Barkley merembat deras menewaskan Adrian.
Incredible, @RBarkley8 👏#EmiratesFACup #CHELIV pic.twitter.com/KLlbKsaOFz
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Tidak lama selepas itu, Pedro memiliki peluang satu lawan satu dengan Adrian, namun rembatan beliau agak teruk dan tepat ke kaki Adrian.
Seterusnya Giroud mendapat peluang gol. Malang sekali rembatan Giroud terkena pada tiang gol.
Mason Mount mendapat dua peluang gol pada lewat perlawanan. Namun gagal menyempurnakannya.
Salah satu daripadanya beliau sepatutnya melorongkan bola kepada Olivier Giroud.
Chelsea mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan suku akhir Piala FA. Liverpool kalah kali ketiga dalam 3 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.