Klopp: Terlalu Banyak Kesilapan

Pengurus pasukan Liverpool Jurgen Klopp mengakui pasukannya melakukan terlalu banyak kesilapan di dalam perlawanan menentang Chelsea.

Malah beliau juga setuju dengan pandangan bahawa Liverpool mungkin boleh kena lebih banyak di dalam perlawanan ini.

Liverpool tewas di tangan Chelsea pada aksi Piala FA pusingan kelima yang berlangsung di Stamford Bridge.

Jaringan separuh masa Pertama oleh Willian, serta jaringan separuh Masa kedua oleh Ross Barkley, membolehkan skuad kendalian Frank Lampard itu mara ke suku akhir.

Walaupun Liverpool sudah kalah dalam tiga kali daripada empat perlawanan terakhir, namun Jurgen Klopp tidak rasa pasukannya sedang dalam masalah besar.

Sebaliknya Jurgen Klopp berpandangan bahawa perlawanan menentang Chelsea sememangnya sukar.

Klopp berkata: “Tewas dua kosong adalah tidak bagus namun dalam kes kami hari ini ianya senang untuk dijelaskan.”

“Kami melakukan dua kesilapan yang sangat besar dalam dua gol tersebut.”

“Adrian melakukan save luar biasa beberapa saat sebelum beliau dibolosi oleh rembatan yang sangat cantik daripada Willian.”

“Kami menguasai perlawanan ini agak lama dan bertahan dengan baik. Anda tidak akan memiliki banyak peluang berhadapan dengan pasukan kami, namun masalahnya sekarang ini – pada kali ini – kami dibocori dengan banyak sekali. Itu adalah hakikat.”

“Saya tidak risau dengan mementum pasukan. Kamu harus pergi mendapatkannya dan kekalkannya. Sentiasa ada peluang untuk kami mendapatkannya semula.”

Leave a Reply