Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois menyatakan bahawa beliau sudah melakukan kajian ke atas Lionel Messi sebelum aksi el clasico.
Agak mengejutkan, apabila kajian beliau menyatakan Lionel Messi hanya penyerang biasa, dan tidak ada bezanya dengan penyerang Levante dan Celta Vigo – yang mereka tentang sebelum ini.
Oleh sebab itu, Courtois merasakan beliau tidak perlu melakukan latihan ekstra mahupun latihan khas hanya untuk berhadapan dengan Lionel Messi.
Courtois menyatakan beliau tidak lagi gemuruh untuk bermain di Nou Camp seperti dahulu, ketika bermain untuk Atletico.
Kini beliau lebih tenang dan tidak perlu memikirkan soal Messi sangat berbanding dengan dahulu.
Bercakap kepada 11 Sports, Courtois berkata: “Adakah saya memikirkan Messi sebelum aksi el clasico? Tidak! Itu hanya berlaku ketika saia di Atletico dahulu. Terutama sekali ketika bermain di Nou Camp buat pertama kali, dan kesemua bintang Barcelona turun.”
“Pada ketika itu, jika kamu tak fikir langsung soal pemain seperti Messi, ada perkara yang tak kena pada kamu.”
“Namun hari ini, saya tidak ada lagi memikirkan soal Messi. Bagi saya, Messi sama sahaja dengan pemain lain.”
“Beliau sama sahaja dengan pemain pemain Celta Vigo dan Levante. Tiada beza.”
Real Madrid akan berkunjung ke Nou Camp pada aksi La Liga Ahad ini (pagi Isnin waktu Malaysia). Real Madrid baru sahaja dipintas oleh Barcelona di tangga teratas liga.
🗣️ | Lionel Messi ? @thibautcourtois n'est pas impressionné ! 👊🇧🇪#ElClásico pic.twitter.com/2dYDrqECYa
— Eleven Belgium (FR) (@ElevenBeFR) February 28, 2020
Aksi kali ini boleh menjadi perlawanan penentu kejuaraan.