UEFA Super League Adalah Liga Untuk Duit, Pilih Kasih Kepada Kelab Besar?

UEFA telah dikatakan mungkin akan menerima kertas cadangan berkaitan dengan format UEFA Champions League (UCL). Format baru dijangka akan menadikan UCL sebagai Liga Super UEFA.

Champions-League-trophy

Kami pernah menulis berkenaan dengan cadangan ini dalam artikel lama kami bertajuk: Barcelona, Juventus, Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk.

Idea ini lebih kepada membantu kelab-kelab bolasepak yang elit dan memiliki penyokong yang ramai di seluruh dunia untuk lebih peluang terlibat dengan kejohanan kelab berprestij.

Ada berberapa kelab elit mengeluh kerana pendapatan yang rendah daripada UCL yang memaksa kelab menyediakan dana tambahan besar untuk terbang ke luar.

Cadangan ini juga dilihat mahu memastikan Liga Super Eropah akan lebih menarik dan banyak perlawanan yang berprofail tinggi.

Sebelum ini, Pengerusi Bayern-Karl Heinz Rummenigge meyatakan, “UCL tidak bermakna tanpa AC Milan dan Inter Milan.”

Bila Ia Mungkin Dilaksanakan?

UEFA mungkin boleh melaksanakan idea ini seawal kempen 2018-2021. Ini kerana buat masa ini, UEFA masih tertakluk kepada pindaan kitaran 2015-2018 yang telah dipersetujui sebelum ini.

Bercakap kepada The Guardian, jurucakap UEFA berkata:

“Uefa adalah badan yang sentiasa berhubung dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk kelab untuk semua hal ehwal yang berkaitan bola sepak.’

“Oleh itu, apa sahaja rancangan untuk mengembangkan format pertandingan akan diselaraskan atas rundingan bersama.”

“Sehingga kini belum ada cadangan konkrit di atas meja kami kerana kita masih di peringkat awal kitaran baru (2015-18).”

Siapa Yang Akan Terlibat Dan Bagaimana Ia Dilangsungkan?

Format baru akan melibatkan 32 pasukan akan bertarung dalam pusingan awal di peringkat kumpulan. 16 pasukan yang mara akan dipecahkan sekali lagi kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 8 pasukan.

draw1-large_trans++qVzuuqpFlyLIwiB6NTmJwfSVWeZ_vEN7c6bHu2jJnT8

Ini bermakna, ada 2 kali peringkat kumpulan yang akan dijalankan dalam format yang digelar mini Super League. Juara kumpulan daripada 2 kumpulan Liga Super Eropah ini kemudian akan beraksi di peringkat akhir.

Ia mirip kepada format Piala Eropah pada 1991-92, di mana terdapat 2 pusingan kalah mati. Juara kumpulan akan bertarung di perlawanan akhir.

Cadangan baru ini memperlihatkan pasukan yang melepasi pusingan kalah mati awal akan bermain sekurang-kurangnya 14 perlawanan. Sebelum ini juara UCL hanya bermain 10 perlawanan sahaja.

Diskriminasi Mengatasi Meritokrasi

Ia agak tidak demokratik dan tidak berlandaskan meritokrasi. Ini kerana, kelab kelab elit seakan-akan diberikan talian hayat besar untuk terlibat dalam Liga Super Eropah.

684ebbda621c912e4cc06fc7aecaf62d

Liga seperti Serie A juga dijangka akan diberikan 4 tempat secara tetap ke Liga Super Eropah berbanding dengan penentuan berasaskan ranking UEFA coefficient sebelum ini.

Selain Serie A, 3 lagi Liga Utama Eropah iaitu, England, Sepanyol, dan Jerman juga berpotensi mendapat 4 tempat mutlak di Liga Super Eropah.

Ada juga cadangan yang mewar-warkan, kelab yang ada sejarah hebat di UCL tidak perlu bermain di pusingan kelayakan sekiranya mereka berada di tempat ke-3 atau ke-4 dalam liga.

Jelas sekali format ini mahu ‘menyapu’ keluar kelab-kelab kecil daripada peringkat kelayakan dan pusingan awal 32 pasukan. Pusingan 16 pasukan terakhir adalah liga sebenar yang mereka mahukan.

Liga Super Eropah Akan Lebih Menarik?

Salah satu sebab adalah isu pendapatan melalui penyiaran. UEFA mendapati, terlalu banyak perlawanan UCL kini kurang mendapat tontonan umum.

Dengan adanya pusingan kumpulan kedua atau 8 pasukan dalam 2 kumpulan. Ia dijangka akan mempertemukan lebih banyak perlawanan menarik dan juga perlawanan tradisi dalam kejohanan kelab Eropah.

Misalnya, Real Madrid dan Barcelona diundi sekumpulan dalam peringkat kumpulan 16 pasukan terakhir. Ini bermakna akan ada 2 el-classico yang akan berlangsung.

Secara tidak langsung, jumlah tontonan pun akan meningkat dan lebih banyak penaja akan masuk.

mamakstall

Lihat sahaja jumlah tontonan pada perlawanan pra musim di bawah anjuran Relevant Sports, International Champions Cup, ia mendapat sambutan luar biasa daripada peminat bolasepak.

ICC seakan akan bayangan kepada Liga Super Eropah ini.

Orang kuat ICC, Charlie Stillitano, eksekutif Relevants Sports dari Amerika Syarikat ini dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan The Big Five di EPL iaitu Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Liverpool di London baru baru ini.

old firm abroad.jpg.gallery

Beliau disyaki cuba melobi 5 kelab ini untuk mempersetujui idea Liga Super Eropah ini. Maka, tidak mustahil ada potensi 5 kelab daripada Liga Inggeris dalam Liga Super Eropah selepas ini kerana kuasa publisiti penyiaran yang mereka ada.

League

Ini kerana, kelab-kelab Inggeris seperti Manchester United, Arsenal dan Liverpool antara kelab yang sentiasa menarik banyak tontonan.

Pada 2008/09, UEFA mengundi Real Madrid dan Bate Barisov dalam kumpulan yang sama. Ia dilaporkan mendapat tontonan yang sangat rendah walaupun melibatkan Real Madrid dan ada bintang terkemuka di atas padang.

3297A5B200000578-3511640-image-m-21_1459107822981

Sebaliknya, perlawanan seperti Manchester United v Liverpool dan AC Milan v Inter Milan di liga domestik pula mendapat tontonan yang luar biasa.

Perkara sebegini telah dihadapi oleh UEFA sejak akhir-akhir ini. Mereka mahu memastikan kejohanan segah UCL seharusnya mendapat publisiti yang lebih baik.

Wang Adalah Isu Utama

UEFA mungkin tercabar dengan cara EPL menguruskan hak penyiaran mereka. Bayangkan, pasukan yang berada di tangga ke-20 EPL musim ini (2016/17) akan mendapat £100 juta.

Ia adalah menyamai jumlah hadiah yang dimenangi Chelsea ketika menjuarai EPL pada musim 2014/15.

Manakala Jumlah kemenangan UCL hanya sekitar £40-50 juta sahaja. Ia adalah anggaran jumlah yang digunakan oleh Sevilla menguruskan operasi kelab mereka dalam semusim.

Jelas sekali berkait rapat dengan wang, penajaan, dan menjaga kepentingan stake holders dalam penganjuran kejohanan Eropah.

champions-league-story-of-the-ucl-jbnov2013-31-638

Format ini mendapat tentangan daripada bekas Presien UEFA, Michel Platini yang merasakan idea ini tidak demokratik dan membunuh kelab-kelab kecil.

Aspek semangat kesukanan dan bolasepak telah menjadi faktor sampingan diatasi oleh wang dan populariti.

Format sedia ada lebih demokratik dan membantu kelab-kelab kecil dalam banyak aspek bolasepak, termasuk publisiti, kewangan dan banyak lagi.

Adakah Ia Format Yang Adil?

Ia agak tidak adil untuk memberikan keistimewaan kepada liga liga besar untuk mendapat 4 tempat secara mutlak/fix.

Kelab-kelab dengan tradisi dan sejarah hebat di UCL juga dijangka akan diberikan peluang untuk layak terus ke pusingan 32 pasukan.

2975567327_9beccea70f

Ia sebenarnya lebih kepada isu pengikut dan peminat yang ramai untuk menonton Liga Super Eropah yang seolah olah dianjurkan seperti NBA.

Namun, tidak dinafikan juga, cadangan ini akan mewujudkan lebih banyak perlawanan ‘impian’ dan tradisi untuk ditonton.

Walaubagaimanapun, bolasepak itu hak semua, tidak kisah kelab tersebut kecil atau besar. Format cadangan ini akan memberikan impak kepada kelab-kelab kerdil untuk lebih peluang melakar kejutan mara sehingga ke perlawanan akhir.

UEFA mungkin akan tertarik dengan cadangan ini kerana ia melibatkan isu kewangan dan publisiti. Pada masa yang sama, UEFA mungkin juga akan tertekan sekiranya kelab kelab besar mulai menyokong cadangan ini.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda besetuju dengan cadangan Liga Super Eropah ini?

Baca juga: Barcelona, Juventus, Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN