14 Pemain Terkenal Yang Lahir Dari Sistem Pemain Muda Le Havre

Akademi Le Havre adalah feeder kepada kelab yang berpangkalan di Pulau Reunion, Le Havre FC. Kini Le Havre adalah kelab di divisyen 2 Perancis.

ocean

Siapa sangka, kelab ini memiliki sistem pemain muda yang mampu melahirkan bintang-bintang ternama. Namun sayangnya, ada di antara mereka gagal dibangunkan lebih baik kerana kekangan kewangan dan juga sistem pengurusan yang kurang efisien.

Ramai yang mengenali akademi besar seperti La Masia di Barcelona dan Sabener Strase untuk Bayern Munich. Namun, satu fakta yang agak mengejutkan semua adalah, ramai graduan Le Havre yang bertaraf dunia.

Berikut adalah senarai 14 pemain terbaik hasil daripada sistem pembangunan pemain muda Le Havre.

1. Paul Pogba

Nilai perpindahan terkumpul: £89.25juta
Nilai pasaran semasa: £60juta

Pemain tengah ini adalah pemain yang sedang memegang rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah bolasepak dunia buat masa ini. Pogba menyertai akademi United pada 2009 daripada akademi Le Havre.

Perpindahan Pogba ketika itu berdepan dengan berberapa isu. Pemain ini mahu menyertai United dan Le Havre tidak ada pilihan selain melepaskan beliau.

Namun malangnya, Le Havre gagal menyediakan sebarang kontrak untuk bayaran pembangunan. Beliau menikmati karier gemilang di Juventus dengan 4 kejuaraan Serie A dan 2 Coppa Italia.

2. Lassana Diarra

Nilai perpindahan terkumpul: £43.69juta
Nilai perpindahan semasa: –

Bekas pemain Real Madrid ini juga graduan Le Havre. Beliau diserap awal ke dalam pasukan utama Le Havre pada musim 2003/04. Diarra menarik perhatian bos Chelsea ketika itu, Jose Mourinho.

Beliau kemudian menyertai Chelsea pada 2007. Namun beiliau gagal memberikan impak besar di Chelsea dan kemudiannya di Arsenal.

Diarra mendapat semula momentum ketika menyertai Portsmouth pada 2009. Pemain ini kemudian menyertai Real Madrid.

3. Florent Sinama Pongolle

Nilai perpindahan terkumpul: £18.5juta
Nilai pasaran semasa: £0.5juta

Pemain yang dijangka akan menjadi nama besar dalam bolasepak Eropah. Beliau menyertai Liverpool selepas 6 tahun di akademi Le Havre dan terkenal dengan kelajuan beliau.

Di Liverpool, Sinama Pongolle bersama-sama dengan sepupu beliau, Anthony Le Tallec. Beliau gagal memecah masuk ke dalam pasukan utama kerana kualiti pemain-pemain penyerang yang ada di Liverpool pada ketika itu.

Selepas berberapa siri pinjaman ke kelab lain, Sinama Ponggole akhirnya menyertai Atletico Madrid pada Januri 2010 dengan nilai perpindahan sekitar £6 juta.

Sinama Ponggole gagal menepati ramalan pemerhati bolasepak untuk menjadi pemain yang berkelas dunia.

4. Mamadou Niang

Nilai perpindahan terkumpul: £19.13juta
Nilai pasaran semasa: £0.3juta

Pemain ini lebih dikenali sebagai graduan FC Troyes. Ini kerana beliau dilepaskan Le Havre pada usia awal. Antara pencapaian cemerlang beliau adalah menjadi penyerang utama di kelab besar seperti Marseille.

Beliau banyak merantau ke Turki hingga ke Arab.

5. Steve Mandanda

Nilai perpindahan terkumpul: £2.5juta
Nilai pasaran semasa: £14.5juta

Seperti Mamadou Niang, pemain ini sinonim dengan Marseille. Beliau dianggap antara simbol kebanggaan Marseille. Pernah menjadi penjaga gol no.1 di Perancis.

Mandanda muncul dalam 70 perlawanan untuk Le Havre. Beliau juga melakukan clean sheet dalam debut beliau. Beliau menyertai Crystal Palace secara percuma untuk musim 2016/17.

6. Guillaume Hoarau

Nilai perpindahan terkumpul: £2.53juta
Nilai pasaran semasa: £2juta

Pemain ini antara pemain kesayangan Le Havre namun beliau memilih untuk menyertai Paris St. Germain pada 2008. Hoarau gagal memberikan impak di PSG dan kembali ke Le Havre.

Selepas revolusi Arab di PSG, Hoarau terus dipinggirkan dan akhirnya berhijrah ke China. Beliau kemudian kembali semula ke Perancis sebelum menyertai BSC Young Boys.

7. Dmitri Payet

Nilai perpindahan terkumpul: £31.2juta
Nilai pasaran semasa: £25juta

Payet ini mengecapi karier terbaik beliau selepas menyertai West Ham United. Beliau cemerlang sepanjang musim 2015/16 dan menjadi antara pemain terbaik dalam Piala Eropah 2016.

Pernah bergandingan dengan Eden Hazard di Lille sebelum menyertai Marseille. Marseille enggan menyambung khidmat beliau dan disenarai jual pada fasa akhir kontrak beliau. Payet menyertai West Ham dengan nilai sekitar £12juta.

Payet menjadi pemain penting untuk Perancis buat masa ini. Tidak seperti pemain lain, Payet tidak diberikan perhatian besar pada usia muda.

Beliau dikatakan memiliki kemampuan bolasepak yang terhad. Namun pemain ini terus berusaha memperbaiki dirinya dan hasilnya adalah apa yang beliau ada pada hari ini.

Biarpun hasil itu agak lewat namun sekurang-kurangnya Payet pernah merasai peranan ‘Zidane’ dalam pasukan Perancis.

Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan £45 juta ke Real Madrid.

8. Riyad Mahrez

Nilai perpindahan terkumpul: £0.45juta
Nilai pasaran semasa: £25juta

Salah seorang lagi pemain yang mengejutkan dunia bolasepak. Beliau antara pemain muda yang menerima bayaran sekitar setengah juta pound daripada kelab Liga Inggeris Leicester City.

Beliau tidak pernah muncul dalam mana-mana perlawanan pasukan akademi Le Havre. Beliau melakukan debut dalam perlawanan kompetitif bersama Quimper. Gambar di bawah adalah kenangan beliau dengan Pogba ketika menyarung jersi Quimper.

_88503484_pogbamahrez

Mahrez menjadi pemain penting yang membantu Leicester menjuarai EPL 2015/16. Mahrez sebaris dengan nama-nama pemain elit lain dalam pasaran perpindahan pemain dunia.

9. Benjamin Mendy

Nilai perpindahan terkumpul: £14.45juta
Nilai pasaran semasa: £7.5juta

Marseille seakan akan pemantau dan pelanggan utama kepada akademi Le Havre. Beliau antara pemain yang berjaya dijual Le Havre dengan nilai jutaan pound apabila Mendy menyertai Marseille dengan nilai £3.4 juta.

Mendy kemudian dijual Marseille ke Monaco dengan nilai £11 juta.

10. Jean-Alain Boumsong

Nilai perpindahan terkumpul: £16.45juta
Nilai pasaran semasa: –

Siapa tidak kenal dengan lagenda Lyon ini. Boumsong juga pernah bermain untuk Newcastle dan Juventus. Pemain ini dilepaskan Le Havre secara percuma.

Seperti berberapa bintang lain, Le Havre tidak pernah mendapat sesen pun daripada pembangunan pemain berprofail tinggi seperti Boumsong.

11. Vikash Dhorasoo

Nilai perpindahan terkumpul: £9.1juta
Nilai pasaran semasa: –

Beliau adalah berketurunan India yang dilahirkan di kawasan berhampiran Le Havre. Jadi ia tidak mengejutkan apabila beliau telah ditandatangani oleh Le Havre dan pernah menjadi anak emas Le Havre pada peringkat muda kerana kekuatan teknikal beliau yang luar biasa.

Beliau akhirnya menyertai Lyon dengan perpindahan lumayan £6.4 juta. Dhorasoo antara pemain yang sangat licik dan juga dikenali dengan kemampuan beliau menggelecek yang hebat sehinggakan bola seakan akan melekat di kaki beliau.

Beliau memenangi 2 kejuaraan Ligue 1. Dan jangan lupa, beliau juga bintang dalam filem dokumentari “Subtitute”. Dokumentari mengenai peranan Dharasoo sebagai pemain simpanan dalam kempen Piala Dunia Perancis 2006.

12. Carlos Kameni

Nilai perpindahan terkumpul: £0.5juta
Nilai pasaran semasa: £4.25

Selepas membantu Cameroon menjuarai Sukan Olimpik pada tahun 2000 pada usia 16 tahun, Kameni segera ditandatangani oleh Le Havre.

Beliau dilihat sebagai prospek yanga akan menggantikan Alexander Vencel. Namun, Vencel tidak ada tanda tanda akan menurun peak beliau pada ketika itu.

Kameni akhirnya dijual ke Espanyol dengan nilai £0.5 juta sahaja. Namun ia bukan masalah besar untuk Le Havre kerana mereka berjaya turut ada Mandanda sebagai penjaga gol kedua ketika itu yang kemudiannya menjadi penjaga gol utama.

Kameni antara penjaga gol dari Afrika yang dianggap terbaik sepanjang zaman. Beliau juga kerap menjadi pemain yang mengubag nasib pasukan beliau ketika beraksi di Espanyol.

Kameni kini bermain untuk Malaga.

13. Souleymane Diawara

Nilai perpindahan terkumpul: £13.43juta
Nilai pasaran semasa: –

Diawara muncul dalam 100 aksi bersama Le Havre sebelum kelab itu tersingkir daripada Ligue 1. Beliau kemudiannya berhijrah ke Sochaux.

Diawara membantu Sochaux memenangi Coupe de Ligue 2003/04. Diawara menyertai kelab yang lebih besar seperti Bordeaux dan Marseille.

Beliau antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan oleh Le Havre. Membantu Bordeaux menjuarai Ligue 1 pada tahun 2009. Beliau juga memenangi Trofi Juara-Juara pada tahun 2008 dengan menewaskan Olympique Lyonnais dalam penentuan penalti. Pada 2009 pula beliau membantu Bordeaux menjuarai Coupe de Ligue dengan mengalahkan Vannes OC 4-0.

Di Marseille pula, beliau lebih cemerlang dan lebih banyak trofi. Berjaya membantu Marseille menjuarai Ligue 1 pada 2010 dan naib juara dua kali pada musim 2010-2011 dan 2012-2013.

Pada 2010, beliau membantu Marseille menewaskan bekas kelabnya Bordeaux unutuk sekali lagi menjulang Coupe de Ligue. Pada 2011, beliau sekali lagi membantu Marseille memenangi Coupe de Ligue menewaskan Montpellier HSC.

2 tahun berturut-turut beliau membantu Marseille menang Trofi Juara-Juara (2010&2011).Diawara antara pemain yang sentiasa memenangi piala bersama mana-mana kelab beliau bermain.

14. Charles N’Zogbia

0,,10265-13582180,00

Nilai perpindahan terkumpul: £15.5juta
Nilai pasaran semasa: £1juta

N’zogbia diikat oleh Newcastle pada usia muda daripada Le Havre. Pemain yang terkenal dengan kelajuan ini pernah menjadi antara pemain sayap terbaik di Liga Perdana Inggeris ketika bersama dengan Wigan.

Beliau menyertai Aston setelah Villa kehilangan Steward Downing ke Liverpool. Namun N’zogbia seakan akan sukar untuk mendapatkan aksi terbaik beliau kerana kerap dibelenggu oleh masalah kecederaan.

Baca juga: Arsene Wenger Beri Sebab ‘Kedekut’ Beli Pemain, Arahkan Scouts Cari Pemain Di Liga Bawahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN