Sabah Mahu Dakap Piala FA Selepas 25 Tahun Kempunan

Sabah Liga Premier

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kejayaan Sabah muncul juara Liga Perdana pada musim lepas tidak diraih dengan jalan yang singkat tetapi merupakan hasil daripada usaha keras dan pengurusan pasukan yang baik.

Tahun 2020 ternyata musim yang mencabar buat  skuad Tambadau selepas ‘dinaikkan pangkat’ ke Liga Super. Sekalipun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk berada di kelompok empat pasukan teratas, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tetap optimis dengan sasaran menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony ketika ditemubual Stadium Astro menjelaskan beliau berharap pasukannya mampu untuk mencipta kejutan dengan menjulang Piala FA memandangkan kejohanan tersebut menjanjikan slot ke kejohanan Asia.

“Sudah agak lama pasukan ini (Sabah) sering tenggelam dalam saingan Piala FA dan kali ini kami harus buktikan yang Tambadau juga mampu cipta kejutan.

“Kami akan bersiap sedia untuk menghadapi Piala FA seperti mana kami bersiap sedia menghadapi Liga Super,” katanya

Oleh yang demikian, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berharap pemain Sabah akan memberikan aksi terbaik termasuk dalam saingan Liga Super untuk memastikan pasukan dari kepulauan Borneo itu mampu memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain.

“Seperti undian Piala FA semalam, kami akan bertemu dengan Kuala Lumpur di gelanggang sendiri pada 17 atau 18 Mac depan.

“Sebelum kami mulakan saingan Piala FA, terlebih dahulu kami akan menghadapi beberapa perlawanan dalam Liga Super dan adalah penting untuk mencatat keputusan positif bagi meneruskan momentum apabila menentang Kuala Lumpur kelak,” katanya.

Kira-kira 25 tahun dahulu, di bawah kendalian ketua jurulatih Kelly Tham, Sabah pernah menjulang kejuaraan sulung Piala FA selepas menewaskan Pahang dengan keputusan 3-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ketika itu Sabah dibarisi oleh beberapa pemain legenda seperti Khairul Azman Muhammad, Datuk Ong Kim Swee, Matlan Marjan dan Scott Ollerenshaw.

Kredit Foto: Sabah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN