Pemain termahal Atletico Madrid, Joao Felix menjaringkan gol buat kali pertama dalam La Liga selepas lima bulan untuk membantu pasukannya menewaskan Villareal 3-1 di Wanda Metropolitano pada Ahad.
Pemain berusia 20 tahun itu ditandatangani oleh Atletico dari Benfica dengan nilai €126 juta pada pertengahan tahun lepas, namun beliau bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang musim ini dan sering diketepikan kerana dilanda kecederaan dalam tempoh beberapa bulan ini.
🔙 on the pitch
— Atlético de Madrid (@atletienglish) February 23, 2020
🔙 on the scoresheet
😎 @joaofelix70 has returned in style ‼❕‼
⚽ #AtletiVillarreal | 🔴⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/UHbcp5yiC9
Felix masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol ketiga pasukannya. Kemenangan Atletico Madrid itu membolehkan mereka melonjak ke tangga ketiga liga.
Penyerang baharu Villareal, Paco Alcacer menjaringkan gol awal hanya selepas 16 minit perlawanan berlangsung menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti. Namun Atletico menyamakan kedudukan 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama selepas Angel Correa menyudahkan hantaran lambung Sime Vrsaljko.
Koke kemudian memberikan pasukan tuan rumah pendahuluan pada minit ke-64 selepas hanya beberapa minit selepas Felix dimasukkan. Angel Correa membuat hantaran lintang dalam kawasan kotak penalti dan disambar oleh Koke yang menanduk bola menewaskan penjaga gol, Sergio Asenjo.
[🧐📊] THIS ANGEL'S ON FIRE 😇🔥
— Atlético de Madrid (@atletienglish) February 23, 2020
🙌 @AngelCorrea32 has been involved in 1⃣1⃣ of our goals in @LaLigaEN.
🕹 5⃣ goals
🥅 6⃣ assists
⚽ #AtletiVillarreal | 🔴⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/LGs5tGAbe7
10 minit kemudian, Felix menambah derita pasukan perlawan dengan mengesahkan tiga mata menjadi milik Atletico Madrid dengan menyumbat gol ketiga menerusi rembatan kaki kiri.
Kemenangan tersebut melonjakkan lagi motivasi kem Atletico yang turut menewaskan juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liverpool 1-0 dalam perlawanan pertama peringkat kalah mati. Los Rojiblancos kini terikat 43 mata dengan Seville selepas 25 perlawanan.