Haaland Mahu Karier Lebih Baik Daripada Ayah

Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland nekad untuk melalui karier bola sepak yang lebih baik daripada ayahnya.

Ayah kepada Haaland, Alf-Inge Haaland pernah beraksi dengan kelab seperti Leeds United dan Manchester City dua dekad yang lalu.

Pada usia 19 tahun, Haaland kini adalah pemain remaja kedua yang menjaringkan lebih dari 10 gol di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, selepas menjaringkan dua gol untuk Dortmun membenam Paris Saint-Germain (PSG) pada Rabu lalu.

Malah beliau kini sudah menghasilkan 11 gol dari tujuh penampilan sejak menyertai Dortmund pada Januari.

Haaland dilihat sebagai pemain muda yang mempunyai masa depan cerah di dalam bola sepak, dan mampu mencipta nama lebih besar daripada apa yang ayahnya pernah lakukan.

“Ayah saya sentiasa menjadi idola. Saya sentiasa memberitahu diri mahu menjadi pemain profesional dan beraksi di tahap tertinggi. Itulah perkara yang saya sentiasa beritahu diri sepanjang hidup ini,” kata Haaland dalam tembual eksklusif bersama Bundesliga.

“Berusaha untuk menjadi lebih baik dari dia [ayah], dan dia pernah beraksi sebanyak 34 perlawanan untuk Norway, dan lebih 200 perlawanan di Liga Perdana Inggeris (EPL).”

Selepas menyaksikan dua gol Haaland pada minggu ini, bekas pengurus Liverpool, Grame Souness berpendapat pemain itu sudah pun melangkaui apa Alf-Inge pernah capai dalam kariernya.

Walaupun bermula dengan sangat baik sejak menyertai Dortmund, pemain itu pantas menghamburkan pujian kepada rakan sepasukan yang banyak membantu beliau menyesuaikan diri.

“Saya sudah berada di sini selama sebulan, dan rakan sepasukan yang lain amat baik. Maka ia amat mudah untuk mencari peluang dan bermain dengan mereka. Kerana mereka semua sangat baik,” tambah Haaland.

“Pertama kali saya beraksi bersama Jadon [Sancho], Marco [Reus], Thorgan [Hazard] anda sudah boleh tahu, ia akan mudah. Begitulah apabila beraksi bersama pemain berkelas dunia.”

Dortmund sebelum ini pernah mendedahkan salah satu cara kelab tersebut meyakinkan Haaland untuk menyertai mereka dan menolak tawaran Manchester United ialah dengan menunjukkan video atmosfera luar biasa yang dihasilkan oleh penyokong mereka di Signal Igunda Park.

“Pada pertama kali ketika berada di bangku simpanan [penampilan pertama] dan mendengar bahagian ‘Yellow Wall’ dan seluruh stadium bergema, ia amat menakjubkan.

“Ia seperti satu mimpi untuk beraksi di hadapan 80,000 penonton. Ia amat luar biasa.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN