Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menembak kelab lamanya kerana menurutnya bercakap terlalu banyak dan kuat sangat.
Ianya gara-gara komen daripada Presiden Barcelona iaitu Josep Maria Bartomeu yang memuji UEFA dalam tindakan mereka menghukum Manchester City kerana perlanggaran FFP.
Jumaat minggu lalu, Manchester City telah digantung daripada bertanding dalam UCL untuk 2 musim dan didenda £25 juta.
Manchester City didapati memalsukan laporan kewangan mereka dari tahun 2012 sehingga 2016.
Pep Guardiola dan Manchester City menentang tindakan UEFA itu yang dianggap tidak berasas. Kerana menurut mereka, City sentiasa mematuhi peraturan FFP yang ditetapkan oleh UEFA.
Dan kini, Man City sudah melantik 8 peguam untuk mewakili mereka di mahkamah rayuan CAS.
Bartomeu mengucapkan tahniah kepada UEFA kerana menyingkirkan Manchester City daripada pertandingan UCL, dan beliau menyatakan sokongan penuh kepada FFP.
Bartomeu berkata: “Ini adalah kelab yang penuh dengan tradisi. Dimiliki oleh 144,000 ahli kelab, dan kelab yang mendukung prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara yang menjadi tunjang.”
“Kelab ini sentiasa ditadbir dengan sebaiknya.”
“Untuk semua ini, kami berterima kasih kepada UEFA, dan sudah pastinya kami akan memastikan kami mengikut garis panduan Financial Fair Play.”
“Di Barca, kita telah mengikuti regulasi dan kamu juga ada siasatan biasa, ataupun bertemu dengan UEFA untuk menjelaskan bagaimana kami beroperasi.”
“Dari sini, kita mahu menyokong UEFA di atas kebaikan yang mereka berikan kepada bola sepak.”
Guardiola kemudian membidas Bartomeu dan meminta pihak Barcelona untuk diam dan tak banyak cakap.
“Saya tak tahulah, kalau Barcelona memang mengintip saya. Tak perlu pun nak intip saya.”
“Jika mereka [Barca] gembira dengan penggantungan ke atas kami, saya nak minta dua rayuan daripada Presiden Barca.”
“Jangan melalak kuat sangat Barcelona. Itu nasihat saya kepada kamu. Kerana semua orang ada terlibat dalam perkara seperti ini.”
Pep has a message for @jmbartomeu|
On allegations that Bartomeu hired a company to attack Pep, Messi, Pique, Xavi
“It is unnecessary to spy on me”
On Bartomeu thanking UEFA “Don’t talk too loud Barcelona, everyone is involved in situations sometimes” pic.twitter.com/hGrpSNbAij
— The Pep (@GuardiolaTweets) February 19, 2020
“Kami akan melakukan rayuan dan harapan kami, akan dapat bermain di UCL menentang Barcelona pada masa akan datang.”
Manchester City yakin mereka akan dapat mencabar keputusan UEFA dan terus beraksi di UCL musim hadapan.