Presiden Atletico Yakin Anfield Tak Lulus ‘Inspection’ UEFA Kerana Dah Tua

Presiden Atletico, Enrique Cerezo menghangatkan keadaan apabila melabel Anfield sebagai stadium yang dah tua dan uzur.

Dan beliau percaya, jika UEFA melakukan inspection, Anfield tida akan berjaya melepasi pemeriksaan tersebut.

Beliau berkata begitu selepas kemenangan Atletico Madrid ke atas Liverpool. Di mana Jurgen Klopp menyatakan mereka akan menanti Atletico di Anfield dengan atmosfera ‘This Is Anfield’.

Atletico menang 1-0 ke atas Liverpool dalam aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Jaringan tunggal oleh Saul Niguez menjadi pemisah kepada kedua dua pasukan.

Kenyataan Klopp yang yakin atmosfera di Anfield akan membuatkan Atletico gentar membuatkan Cerezo menyindir balik stadium milik Liverpool itu.

Cerezo berkata: “Anfield sudah tua dan usang, ianya mungkin tak lepas pemeriksaan UEFA, jika UEFA melakukan inspection ke atas mereka.”

Bercakap tentang prestasi semasa Atletico yang tak menentu, Cerezo menegaskan: “Saya sentiasa nyenyak tidur ketika menang dan ketika kalah.”

“Menurut media, seminggu lalu, kami semua sudah mati dan terkubur, dan kini kami sangat hidup.”

“Pasukan yang kami hari ini mengalahkan sebuah pasukan yang sudah tak kalah dalam 30. Malah ramai kata mereka adalah pasukan terbaik di dunia.”

“Kami gembira dengan keputusan ini, tetapi masih ada satu lagi perlawanan.”

“Kami berjaya mendapatkan semula karakter kami, itu adalah berita terbaik untuk kami hari ini.”

Selain itu Cerezo turut memberikan jaminan tentang masa depan Diego Simeone.

“Simeone akan terus kekal bersama kita untuk tempoh yang sangat lama. Kita sudah ada jurulatih yang hebat [buat apa memikirkan pengganti].”

Seterusnya beliau telah mengutuk Anfied sebagai stadium yang sudah tua dan uzur Cerezo berkata: “Anfield ni stadium yang hebat tetapi ianya stadium yang sudah tua dan usang.”

“Mungkin kalau UEFA buat pemerikssaan, ianya tak lepas [lulus] inspection UEFA. Jika UEFA membuat pemeriksaan!”

Anfield sebelum ini dibangunkan semula oleh pemilik baharu Liverpool.

Dan kini ianya sudah lebih besar berbanding dengan kapasiti asalnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN