Francisco Triancao, Matheus Fernandes Rekrut Terbaharu Barcelona

Francisco Trincao

Barcelona dalam kenyataan rasmi kelab memaklumkan mereka telah berjaya menyambar penyerang muda Portugal, Francisco Trincao dari Braga dengan harga €31 juta.

The Catalans turut mengumumkan kejayaan mendapatkan pemain tengah dari Brazil, Matheus Fernandes dari Palmeiras dengan nilai €7 juta dan boleh meningkat kepada €10 juta dengan beberapa bonus tambahan.

Trincao yang baru berusia 20 tahun telah mengikat kontrak sehingga Jun 2025 dan akan menyertai Barca pada 1 Julai akan datang. Barcelona turut meletakkan klausa pelepasan sebanyak €500 juta.

Penyerang muda sensasi itu telah membuat penampilan pertama untuk Braga bermula musim lepas. Secara keseluruhannya beliau telah beraksi dalam 21 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.

Pemain tersebut telah mewakili Portugal dalam setiap peringkat umur dan ketika ini merupakan pemain skuad bawah 21 tahun (B-21).

Ketika bersama skuad B-19, Trincao telah membantu pasukan kebangsaannya menjuarai kejohanan Eropah pada 2018 dan mengakhiri pertandingan tersebut selaku penjaring terbanyak dengan rekod lima dan dan turut membuat tiga bantuan jaringan.

Kelebihan pemain lincah ini adalah kebolehannya beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan. Dengan kelajuan, kehebatan menggelecek dan kemahiran teknikal yang menakjubkan, beliau bukan sahaja mampu menjaringkan gol, tetapi juga mempu membuat hantaran-hantaran yang berupaya menghasilkan jaringan.

Fernandes pula yang merupakan pemain tengah bertahan dan beraksi untuk skuad bawah 17 dan 20 tahun Brazil telah mengikat kontrak selama lima tahun. Beliau turut diletakkan klausa perpindahan bernilai €300 juta.

Pemain muda tersebut dipinjamkan ke Real Valladolid sehingga penghujung musim ini dan akan menyertai Barca pada 1 Julai akan datang.

Fernades memulakan karier profesionalnya ketika bersama kelab Botafoogo pada 2016. Dalam hanya dua tahun, beliau telah beraksi sebanyak 76 perlawanan dengan menjaringkan dua gol dan empat bantuan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN