Fadzli Saari: Kewujudan Liga M3, M4 Lahirkan Bakat Baharu

Fadzli Saari

Bekas pemain kebangsaan, Fadzli Saari tidak menafikan usaha yang dilakukan oleh Amateur Football League (AFL) dalam memastikan penganjuran Liga M3 dan M4 sentiasa di tahap terbaik wajar dipuji khususnya dalam membentuk pemain muda.

Jelasnya, pada era kini bukan mudah untuk seorang pemain itu dibentuk sehingga menjadi pemain cemerlang dan apa yang telah dilakukan oleh AFL yang dipengerusikan oleh Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) ketika ini adalah tepat untuk peminat bolasepak tempatan kian memberi perhatian kepada pasukan berstatus amatur ini.

Bekas pemain Pahang itu yang kini merupakan jurulatih bawah 15 tahun di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak menolak ramai yang sudah mula membuka mata terhadap pasukan dalam Liga M3 dan M4 selepas pembabitan terbesar mereka dalam saingan Piala FA musim lalu iaitu sebanyak 38 pasukan.

Dengan berakhirnya Majlis Undian Kelayakan Piala FA Malaysia 2020 pada Rabu lepas, Fadzli Saari menyifatkan ada beberapa pasukan selaku pendatang baharu yang turut terlibat mungkin bakal mencipta kejutan dan menganggap ia akan menjadi satu perlawanan yang dinantikan.

“Kalau nak ikutkan, pada era dahulu dan ketika ini banyak perbezaan ketara apabila melibatkan pasukan-pasukan yang baru meningkat naik ini di mana saya dapat lihat sudah banyak kelab-kelab yang berjaya melahirkan pemain-pemain baharu.

“Bagi saya yang kini melatih pemain bawah 15 tahun di AMD, saya percaya seseorang pemain itu perlu digilap daripada bawah dan Liga M3 dan M4 ini adalah landasan tepat untuk memberi peluang kepada pemain muda.

“Sekarang ini sudah banyak pembaharuan dilakukan oleh AFL di mana ramai penyokong yang sudah menunjukkan minat untuk memberi perhatian kepada pasukan amatur ini dan pasukan-pasukan baik di Liga Super dan Premier juga tidak boleh memandang rendah terhadap mereka,” jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 40 pasukan amatur terlibat dalam saingan Piala FA musim ini dengan 32 pasukan akan berentap dalam pusingan kelayakan manakala 8 lagi pasukan mendapat bye untuk layak secara terus ke pusingan pertama.

Lapan pasukan yang mendapat ‘bye’ adalah Staroba FC, Kuatagh FC, Thai Selangor FC, Imigresen FC, KSR Sains, Tun Razak City FC, Kickers FC dan Norfarhan FC.

Kredit foto: Malaysia Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN