Challo FC Adakan Sesi Pemilihan Terbuka

Challo FC

Kejayaan Challo FC menjuarai kempen District Social Leagues UM Varsity Season 2 telah melayakkan kelab itu untuk turut bersaing dalam saingan Playoff Selangor Champions League 2020.

Dalam usaha memantapkan pasukan, Challo FC bakal mengadakan pemilihan terbuka buat pertama kalinya bagi mencari pemain yang mampu untuk menggalas tanggungjawab kelab yang dibarisi selebriti hiburan tanah air itu.

Sesi pemilihan tersebut dijadualkan berlangsung esok (1 Februari 2020) bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi bertempat di Padang B, Rhino KV Shah Alam dan panel pemilihan akan diketuai oleh ‘Coach’ Shahidan Rusly.

Challo FC bukan sahaja muncul juara District Social Leagues UM Varsity Season 2 tetapi turut melakarkan rekod cemerlang selepas tidak tewas dalam 11 perlawanan yang dilalui.

Kelab yang turut dibarisi pelakon, Syafiq Kyle itu telah mencatatkan sembilan kemenangan dan dua keputusan seri untuk mencatatkan 29 mata. Satu pencapaian yang cukup baik dikecapi kelab tersebut.

Seperti diketahui, Challo FC sebelum ini pernah beraksi menentang pasukan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Manjung, berhadapan Pilihan Selangor bersempena perlawanan akhir Selangor Champions League 2019 dan juga pernah bertemu pasukan Pilihan YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa tunggu lagi, ayuh buktikan kehebatan anda!

Kredit foto: Faizz Abas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN