Apalah ertinya berita jendela perpindahan tanpa cerita Barcelona mahukan Willian, ataupun Jose Mourinho berminat mendapatkan Willian.
Jendela perpindahan sudah pun menuju hari terakhir. Dan kesemua pasukan sedang menyiapkan pembelian panik.
Usaha Barcelona untuk mendapatkan penyerang seperti Cavani dilaporkan menemui jalan buntu. Barcelona mahukan Cavani untuk mengisi tempat Luis Suarez yang berehat panjang kerana kecederaan.
Dan kini, mereka mengalihkan perhatian untuk mendapatkan Willian. Dan mereka menjadikan Lionel Messi sebagai back up untuk posisi no.9 jika Griezmann tidak dapat bermain.
Barcelona sudah menghubungi Chelsea dan sanggup membayar £20 juta untuk pemain tersebut.
Willian cuma ada enam bulan sahaja baki kontrak. Dan beliau bukan pemain konsisten dalam kesebelasan utama Frank Lampard.
Evening Standard pula melaporkan Jose Mourinho turut berminat mendapatkan Willian. Tetapi mungkin sebagai pemain ejen bebas, menunggu enam bulan lagi.
https://twitter.com/FootyHumour/status/1222615665330262018
Melihat kepada situasi Barcelona yang mahukan Willian, Mourinho mulai memantau situasi tersebut dan mungkin akan mengemukakan tawaran pada saat akhir.
Mourinho sebelum ini pernah ‘menculik’ Willian yang ketika itu sudah menjalani pemeriksaan medikal dengan Spurs.
Ketika menjadi pengurus Man United, Mourinho hampir berjaya memujuk Willian menyertai beliau.
Bukan Spurs sahaja, malah AC Milan dan sudah tentunya Juventus berkenan mendapatkan pemain itu secara percuma.
Walaubagaimanapun, Frank Lampard sudah menegaskan bahawa Willian tidak akan ke mana-mana kali ini.
Malah Lampard menyatakan masih Willian berminat untuk terus kekal di Chelsea, dan masih berbincang tentang kontrak baharu.
Nico Schira | #Chelsea has rejected Barcelona's bid for Willian. Lampard isn’t willing to give up the player. #CFC pic.twitter.com/MIJqUJqceH
— The Blues (@TheBlues___) January 30, 2020
Lampard berkata: “Kita sedar akan situasi kontrak beliau yang akan tamat akhir musim ini. Dan beliau sekarang masih dalam proses perbincangan dengan kelab.”
“Tak perlu nak tulis berita pasal benda seperti itu,” tegas Lampard kepada wartawan dalam sidang media perlawanan.