Selepas gagal untuk menumpaskan pasukan EFL League One, Shrewsbury Town dalam aksi pusingan keempat FA Cup semalam maka aksi ulangan akan diadakan di Anfield.
Dikala pasukan dari liga bawahan itu begitu gembira untuk beraksi di gelanggang salah sebuah pasukan utama England, Liverpool telah mempunyai perancangan berbeza untuk menghadapi perlawanan ulangan tersebut.
Menurut laporan BBC Sport, pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp mengatakan yang kesemua pemain skuad utama The Reds tidak akan diturunkan dalam perlawanan ulangan itu.
Sebaliknya, pasukan muda yang dibimbing oleh Neil Critchley akan mengambil alih tugasan tersebut seperti apa yang mereka lakukan ketika pasukan utama tiada di England dengan menyertai Piala Dunia Kelab.
Perlawanan ulangan akan diadakan pada 4 dan 5 Februari dengan Klopp tidak mahu menurunkan pemain utamanya kerana tempoh itu adalah cuti rehat bagi Premier League.
Premier League buat pertama kalinya musim ini memperkenalkan cuti rehat pertengahan musim selama dua minggu bermula pada 2 hingga 16 Februari.
“Saya sudah mengatakan kepada para pemain yang kita akan ada cuti dua minggu jadi kita tidak akan berada di sana (perlawanan ulangan).”
“Saya tahu keputusan ini tidak popular tetapi begitu la cara saya menyaksikannya. Anda tak boleh berurusan mengenainnya seperti tiada siapa yang kisah mengenai ini.”
Tambah Klopp lagi, pihak Premier League menggesa semua pasukan untuk menghormati tempoh rehat itu dan beliau jelas setuju dengannya.
“Kita perlu hormat kepada kebajikan pemain, mereka perlukan rehat. Mereka perlukan rehat mental dan fizikal dan kerana itu cuti rehat diadakan.”