Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menganggap tindakan Arsenal memanggil pemain muda mereka kembali daripada tempoh pinjaman sebagai tak adil.
Arsenal telah memutuskan untuk menamatkan perjanjian pinjaman pemain tersebut di Elland Road.
Nketiah dipinjamkan ke Leeds pada awal musim ini. Namun pemain berusia 20 tahun itu agak terhad penampilannya musim ini. Di mana beliau hanya bermula dalam 2 daripada 17 perlawanan liga.
Arsenal, pasukan yang menyingkirkan Leeds daripada Piala FA telah memutuskan untuk membawa pulang bintang muda mereka itu ke Emirates, walaupun Leeds masih mahu menggunakan pemain itu untuk baki musim ini.
Nketiah diserap masuk ke dalam pasukan utama Arteta bagi menghadapi baki musim ini.
Bielsa tidak gembira dengan tindakan Arsenal yang menamatkan tempoh pinjaman itu pada pertengahan musim.
“Sudah tentu kami menerima hakikat bahawa ada penyokong kami yang meragui layanan pasukan kami kepada pemain tersebut. Media dan akhbar pun sama.”
Marcelo Bielsa doesn't know why Arsenal recalled Eddie Nketiah after he made just two league starts at Leeds 👀🤔 pic.twitter.com/KegyoWD03Q
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) January 9, 2020
“Kami sedang meneliti beberapa butiran. Di mana kekuatan dan kelemahan kami. Selepas itu, kami akan cuba memperbaiki kelemahan itu, dan menyesuaikannya dengan keadaan.”
“Tentang semua pemain baharu dalam pasukan ini. Saya sudah jelaskan kepada mereka semua perkara, memberikan mereka semua informasi. Dan apa yang dilakukan Arsenal ini ke atas perjanjian Nketiah sangat tak adil.”
“Ketika Arsenal memilih Leeds, bermakna mereka telah memilih kami berbanding dengan opsyen lain yang mereka ada.”
Marcelo Bielsa is not happy at having lost Eddie Nketiah and Jack Clarke this month…https://t.co/GzEEMhkuYk
— Standard Sport (@standardsport) January 16, 2020
“Saya tidak faham dengan Arsenal menamatkan kontrak pinjaman Nketiah atas alasan pemain ini kurang minit bermain. Tiada siapa pun pengurus di dunia ini boleh menjanjikan minit perlawanan untuk seorang pemain.”
“Kami sudah melakukan segalanya, seperti yang kami janjikan. Dan kami tak nak ‘claim’ apa-apa daripadanya.”
Bielsa turut mengkritik Tottenham yang menamatkan tempoh pinjaman Jack Clarke di Leeds dan kemudian menghatar pemain itu secara pinjaman ke QPR untuk baki kempen musim ini.
“Sama juga situasi dengan Clark. Buat masa ini kami telah hilang dua pemain. Dan kelab akan melakukan apa sahaja untuk mengatasi masalah ini.”